Ways-to-Overcome-The-Competition-of-Business

3 Cara Mengatasi Pesaing Perniagaan Coklat!

 

Semakin hari semakin bertambah usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan coklat buatan tangan. Pelbagai strategi telah dilakukan oleh usahawan coklat yang baru untuk menyaingi usahawan coklat yang telah lama berkecimpung dalam industri tersebut. Ada yang gagal dan ada juga yang berjaya. Saingan sesama usahawan coklat yang baru juga tidak dapat dinafikan kehebatannya. Masing-masing telah nampak keuntungan yang bakal terhasil dari perniagaan coklat tersebut. Jadi, bagaimana caranya untuk mengatasi pesaing coklat buatan tangan tersebut?

#1 – Cipta keunikkan pada coklat jenama anda.

Keunikkan pada coklat jenama anda dapat menjadi ‘Trademark‘ pada coklat jenama anda. Sebagai contoh, coklat Ferrero Rocher terkenal sebagai coklat Truffle yang mengandungi kekacang Hazel ditengahnya dan disalut dengan badam cincang yang disalut dengan warna keemasan. Jadi, bila orang bercerita tentang coklat Ferrero Rocher, masing-masing tahu coklat Ferrero Rocher berbentuk Truffle.

 

#2 – Banyakkan berinteraksi dengan bakal pelanggan

Interaksi ialah kunci kepada seorang usahawan untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi. Jika anda berjaya menghasilkan produk yang baik tetapi tidak berinteraksi dengan bakal pelanggan, produk anda pasti kurang mendapat sambutan. Jadi, banyakkan berinteraksi dengan bakal pelanggan. Idea saya, gunakan medium Facebook dan bina fanpage coklat jenama anda di Facebook untuk berinteraksi dengan bakal pelanggan.

 

#3 – Usaha untuk mendapat publisiti media tempatan

Sering kali kita lihat usahawan coklat terpapar di ruangan akhbar mengisahkan tentang kejayaan perniagaan coklat mereka. Antara usahawan coklat yang kisahnya pernah terpapar di ruangan akhbar ialah pemilik blog Arah Chocolate iaitu Puan Arah.

Beliau berjaya mendapatkan perhatian media tempatan demi membangunkan perniagaan coklat jenama beliau. Saya yakin kini beliau tidak putus-putus mendapat tempahan coklat terutamanya dari bakal pengantin.

Bagaimana cara untuk mendapatkan publisiti media tempatan?

Jika dahulu, ada sebuah ebook yang diberi nama “Rahsia Publisiti Percuma – Oleh: Harlym Yeo“. Ebook tersebut telah diedarkan secara percuma di laman web www.RahsiaPublisiti.com. Panduan tersebut menerangkan tentang cara untuk melakukan perhubungan awam (Public Relation) dan bagi saya panduan tersebut amat berguna dalam mendapatkan publisiti media tempatan. Kini, laman web tersebut dipercayai telah tutup. Saya pun sedang mencari cara untuk mengedarkan ebook tersebut. Jika berjaya, saya akan kongsikan ebook tersebut di sini. 🙂

Sampai disini sahaja perkongsian tips perniagaan pada kali ini iaitu “3 Cara Mengatasi Pesaing Perniagaan Coklat“. Mudah-mudahan tips ringkas tersebut memberi manfaat kepada semua pembaca. 🙂

—————————————————————————————————-

—————————————————–

Sertai komuniti Guru Coklat di Facebook untuk menerima update post terkini di Blog Guru Coklat!

LIKE Facebook Guru Coklat di SINI!

—————————————————–

—————————————————————————————————-


Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

2 thoughts on “3 Cara Mengatasi Pesaing Perniagaan Coklat!

  1. assalamualaikum guru…saya berminat untuk berguru dengan cikgu…smlm sy telah hadir kursus dr azizan. katanya, step pertama adalah anda perlu mencari guru utk berniaga..jadi bila sy baca blog guru ni sy tertarik…sy harap guru sedia tunjuk ajar saya dan baritahu apa yg perlu sy lakukan utk membuat coklat ni…

    1. Waalaikummussalam. Tahniah saya ucapkan kerana berminat dengan perniagaan coklat ini.
      Sebagai langkah pertama, saya cadangkan untuk belajar asas pembuatan coklat dahulu.
      Untuk langkah ini, akak boleh hadirkan diri ke kelas membuat coklat, atau boleh sahaja belajar dari Panduan Buat Coklat GC di http://gurucoklat.com

      Seterusnya, banyakkan membaca tips-tips pembuatan coklat. Banyakkan try & error. Kalau ada masalah semasa pembuatan coklat, cuba untuk cari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Boleh juga bertanyakan pada saya. 🙂
      Dan jangan takut untuk laburkan wang untuk ilmu. Untuk pembuatan coklat ini, tak banyak panduan berbahasa Melayu.
      Banyak bahasa Inggeris. Tapi untuk berjaya, bahasa bukan penghalang. Dapatkan sahaja panduan-panduan berkenaan pembuatan coklat, dan pelajari dari panduan tersebut. 🙂
      InsyaAllah boleh berjaya. Usaha & tawakal. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *