Skip to main content

3 Sebab Perlu Tinggikan Harga Coklat Jenama Anda

Ramai usahawan coklat yang baru nak berkecimpung dalam arena perniagaan coklat menghadapi masalah untuk menetapkan harga coklat. Pelbagai keluhan tentang masalah ini telah saya terima di page FB Guru Coklat. Antaranya:

“Saya tak tahu berapa harga jualan coklat yang sesuai untuk coklat saya!”

“Ish. Tak mahal ke kalau saya letak RMXX.XX sebagai harga jualan coklat saya?”

“Saya lihat penjual A dapat jual coklat yang sama seperti yang saya buat pada harga yang lebih murah. Saya akan rugi kalau jual pada harga tersebut.”

Masalah penetapan harga coklat sudah menjadi dilema oleh ramai usahawan coklat sejak sekian lama. Disini saya nak kongsikan 3 sebab anda harus jual coklat pada harga yang lebih tinggi.

 

#1. Kos Yang Tinggi

Kos coklat kadang kala agak tinggi juga (bergantung pada coklat yang ingin dihasilkan). Sebagai contoh, resepi Guru Coklat Oreo & Peanut with Nutella yang telah dikongsikan di Blog GC ini. Kosnya agak tinggi. Jadi, harga jualan seharusnya tinggi juga.

Tetapi percayalah. Harga yang tinggi bukanlah masalah untuk menjual coklat. Asalkan coklat yang kita hasilkan berkualiti, InsyaAllah orang akan beli walaupun mahal (dari pengalaman saya sendiri). 🙂

Nota: Fikirkan sejenak. Anda lihat pesaing anda menjual coklat pada harga yang terlalu rendah. Sedangkan anda tahu kos untuk membuat coklat tersebut tinggi. Tidakkah ianya sesuatu yang mustahil? Melainkan pesaing anda menurunkan kualiti coklat tersebut dengan menggunakan bahan berkualiti rendah yang boleh didapati pada harga yang murah.

Menurunkan kualiti coklat kerana ingin menjual coklat pada harga yang murah. Adakah ianya strategi pemasaran yang baik untuk jenama anda dalam tempoh yang panjang? Fikirkan. 🙂

 

#2. Anda Bukan Sekadar Menjual Coklat. Tetapi Anda Menjual Kretiviti.

chocolate-plastic-7
Bunga ros yang dihasilkan menggunakan coklat

Kelebihan membuat coklat sendiri ialah flexibility (bahasa Melayu nya, Fleksibel). Melalui coklat buatan tangan, anda boleh mempamerkan kretiviti anda dalam menghasilkan sesuatu. Mungkin dari segi dekorasi mahupun dari segi rasa. Anda boleh lakukan apa sahaja dengan coklat yang mana mesin tidak boleh lakukan (sebagai contoh, coklat ros seperti dalam gambar).

Jangan sesekali cuba tanam didalam minda anda untuk menghasilkan coklat seperti Cadbury, Vochelle dan sebagainya kerana coklat itu dihasilkan oleh mesin. Mesin dihasilkan oleh manusia. Dan sudah tentu anda sebagai manusia lebih hebat daripada mesin. Dan anda layak untuk menjual coklat dengan harga lebih tinggi berbanding coklat dipasaran.

Anda rasa anda bukan seorang yang kretif? Saya nak tanya. Anda pandai tak mewarna coklat? Jika pandai mewarna coklat, anda sudah dikira sebagai seorang yang kretif. Cuma mungkin perlu digilap kretiviti tersebut. Baca Tips Idea Kombinasi Warna Yang Menarik untuk menambah pengetahuan tentang mencari idea mewarnakan coklat. 🙂

Tak pandai mewarnakan coklat? Atau pernah warnakan coklat tetapi coklat menjadi keras dan likat? Ebook Panduan Buat Coklat GC ada menerangkan teknik yang tepat dan mudah untuk membuat coklat berwarna-warni. 🙂

 

#3. Coklat Yang Anda Hasilkan Lebih Teliti

Pernah cuci kereta menggunakan mesin? Cuci kereta menggunakan mesin kadang kala hasilnya tidak memuaskan terutama jika kereta anda terlalu kotor kerana pasti akan ada kesan kotor melekat pada kereta. Jika cuci kereta menggunakan tangan (terutama cuci sendiri), kita akan lebih teliti. Jika ada kesan kotor yang susah nak tanggal, kita akan gilap sehingga kesan kotor tersebut tanggal.

Sama juga seperti membuat coklat. Dengan membuat coklat sendiri, kita lebih tahu keseluruhan proses pembuatan dari mencairkan sehingga coklat terhasil. Jika terdapat masalah pada coklat tersebut, kita lebih tahu punca masalah dan ianya akan lebih membantu kita mencari cara penyelesaiannya.

Coklat yang dihasilkan dengan teliti akan menghasilkan coklat yang berkualiti tinggi. Coklat yang berkualiti tinggi layak untuk dijual pada harga yang tinggi. Pelanggan akan berpuas hati dan anda akan mendapat lebih banyak keuntungan.

 

Konkulsi

Konklusinya, jangan takut untuk letakkan harga yang tinggi. Jika coklat yang anda hasilkan berkualiti tinggi, pelanggan tetap akan membeli. Jadikan coklat Ferrero Rocher sebagai inspirasi. Walaupun harganya tinggi, tetap ada ramai yang membelinya. Kerana pelanggan membeli disebabkan kualitinya yang tinggi. 🙂

Harap artikel ini bermanfaat untuk anda. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda untuk mendapat manfaat bersama. :)

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

Leave a Reply