
Pemilihan coklat yang baik adalah perkara yang pertama perlu dilakukan sebelum menghasilkan coklat buatan tangan yang berkualiti. Menurut pakar coklat, ciri-ciri coklat yang bagus boleh dinilai dari segi permukaan coklat yang licin dan berkilat, bau coklat yang jelas, rasa coklat yang lembut dan mudah cair di dalam mulut dan bunyi ‘snap’ apabila coklat dipatahkan. Jadi, untuk menghasilkan coklat yang sedemikian, pemilihan coklat yang betul adalah penting sebelum memulakan proses pembuatan coklat buatan tangan.
3 Tips Pemilihan Coklat Yang Baik
#1 – Pastikan coklat yang anda gunakan mengandungi 40% atau lebih cocoa solids.
Kandungan cocoa solids yang tinggi akan meningkatkan lagi rasa koko dalam coklat yang digunakan.
#2 – Jika menggunakan coklat Couverture, kandungan cocoa butter dalam coklat tersebut seelok-eloknya mengandungi 32% atau lebih.
Kandungan cocoa butter yang tinggi akan membuatkan coklat tersebut mudah cair dan lembut bila berada didalam mulut.
#3 – Pastikan cocoa butter tersenarai sebagai bahan kandungan dalam coklat putih.
Coklat putih kebiasaannya gabungan gula, pepejal tenusu dan pelbagai jenis lemak (bukan cocoa butter). Untuk mendapatkan coklat putih yang berkualiti, cari cocoa butter sebagai salah satu kandungan coklat tersebut kerana cocoa butter akan memberikan rasa kecoklatan pada coklat putih tersebut.
Terdapat banyak coklat berkualiti berada dipasaran yang boleh anda cuba. Tapi ada 2 coklat yang saya cadangkan kepada anda untuk anda cuba.
- Lindt Excellence 70% Cocoa
- Tudor Gold Dark Chocolate 55% COCOA








Terima tips terbaru dari Guru Coklat terus ke emel anda! Masukkan emel anda disini: 
Halal ke jenams tersebut?
Coklat Tudor Gold memang halal sebab ada cop halal jakim pada kotak tersebut. Untuk coklat Lindt tidak pasti. Tapi kalau was-was jangan makan.
Salam, saya biasanya menggunakan jenama beryl’s, adakh jenama yg dicadangkan jauh lbh baik dr jenama yg saya pakai…
Beryl’s bagi saya memang bagus.
Jenama yang dicadangkan itu adalah contoh coklat berkualiti yang telah dihasilkan. Kalau nak rasa macam mana coklat yang mengandungi peratusan koko yang tinggi, boleh cuba rasa coklat yang dicadangkan.
klu selbourne pun ok kan?
Ok juga. Sebelum ini saya pakai coklat Selbourne juga.
Assalam, saya selalu guna colatta coklat, coklat ni bagus ke?
Waalaikummussalam. Bagus juga. Tapi bagi saya Beryl’s lebih bagus sebab rasa kokonya jelas berbanding coklat Colatta dan Selbourne. Apa-apa pun banyakkan mencuba coklat dari jenama lain dan buat perbandingan rasa.
btl3..beryl’s bg sy sgt sdp bbnding selbroune…
sorry nak tnye sket.. mcm mane nak bg coklat nie x cepat cair?? biasa nyer klu sy bt n biarkan coklat tue smue kt luar msti cpt cair.. bbanding coklat puteh+pwarna lbh th lame bile di biarkan diluar.. klu tahu kongsi2 la kt sy ye.. berharap sgt… =)
Maaf jika saya lambat reply. Saya terlepas pandang komen Zairienda.
Tentang coklat cepat cair ini, mungkin disebabkan cara membuat coklat tersebut atau jenama coklat yang digunakan.
Boleh cuba untuk kurangkan suhu air panas semasa mencairkan coklat tersebut. Jika tidak berjaya juga, boleh cuba coklat jenama lain.
assalamualaikum…
Saya amat tertarik dengan blog guru coklat ni…saya nak tanya, kenapa ada coklat home made yang fresh n sgt baru buat dalam 1 hari, tapi kat tepi2 dia ada mcam putih2? adakah disebabkan oleh suhu atau sebab apa ek? saya mintak sgt penjelasan dari pihak guru coklat…kalo boley bagi tahu juga cara2 elak ia terjadi..terima kasih banyak2…
Waalaikummussalam. Bukan disebabkan suhu. Tapi mungkin disebabkan coklat tersebut terlalu terdedah kepada udara. Jadi, cara menanganinya ialah simpan coklat tersebut dalam bekas kedap udara.
assalam, sy nak tanya, kalo kita buat coklat menggunakan cooking coklat boleh tak? bahan apa yg perlu ditambah supaya coklat jadi cantik?
Waalaikummussalam. Cooking coklat tidak sesuai untuk dijadikan coklat buatan tangan. Gunakan coklat Compound atau Couverture.
Salam..
Nak tanya.. sy pakai coklat putih selbourne, mcm susah giler nak cairkan.. pakai teknik double boiler, tp pakai rice cooker.. hehe.. coklat hitam n biasa selbourne okey jer.. tp yg putih ni.. mmg menguji kesabaran.. ade petua ke? atau selbourne putih ni x elok..
Wslm.
Coklat putih compound memang susah sedikit nak dicairkan dan coklat tersebut juga mudah mengeras. Kandungan utama dalam coklat tersebut ialah gula dan tenusu. Mungkin disebabkan itu ianya mudah mengeras. Boleh cuba coklat putih couverture kerana kebiasaan coklat putih couverture mengandungi cocoa butter yang mana ianya memberi kelembutan pada coklat tersebut.
Slm.. Sy nk tye.. Cmne nk wt coklat bercorak??? Conth, coklat corak bunga.. Cmne nk kaler bunge, sdgkn bckground coklat wane coklat.. Tq
Wslm. Kalau lihat coklat yang berwarna warni, coklat tersebut ialah coklat putih yang diwarnakan dengan pewarna. Jadi, untuk buat coklat tersebut, warnakan coklat putih dengan pewarna sehingga mendapat warna yang diinginkan. Kemudian, warnakan dalam acuan tersebut.
Sy nk tye.. Mcm mne rupa coklat couverture 2? Bley bg gmba, sng nk cri nty.. Hehe
salam.. sy nak tanya la apa beza coklat compound dgn coklat couventure tu ?
Wslm. Tentang perbezaan, boleh baca di http://blog.gurucoklat.com/perbezaan-antara-coklat-compound-dan-couverture/
salam.saya nak tanya cikgu,
1.berapa lama ketahanan sesuatu homemade coklat tuu.sy guna beryl’s coklat.
2. macammana nak warnakan ukiran dengan kaler yang berlainan (contoh pada mould katun senyum/ bunga? tq…
Wslm.
1. Seelok-eloknya 6 bulan atau bergantung pada tarikh luput bahan lain dalam coklat tersebut.
2. Gunakan teknik piping.
salam…saya nk tya, biasanya klu nk buat bisness coklet, coklet jenis mn yg lbh sesuai???? adakah memadai dengan coklat compoud jer??
Wslm.
Boleh sahaja gunakan coklat Compound. Coklat compound pun boleh tahan sedapnya berbanding coklat Couverture cuma coklat Compound akan rasa sedikit haus.
Untuk permulaan, boleh sahaja menggunakan coklat Compound.
Saya cuba buat coklat bentuk double love tapi tak berapa cantik sebab coklat nya mengalir ke bentuk di sebelahnya. Macam mana cara yg terbaik untuk dapatkan bentuk double love yg cantik dan tdk comot?
Guna piping untuk corakkan bentuk love tu. Kemudian, baru penuhkan ruang tengah love tu dengan coklat.
Salam. Sy membeli dua coklat yg berlainan jenama dan sy biarkan kedua-dua bungkusan coklat terbuka. Coklat A didapati mudah cair dlm masa 1 minit manakala Coklat B sebaliknya. Mohon penjelasan. Terima Kasih…
Wslm.
Setiap jenama coklat mempunyai kandungan yang berbeza.
Kemungkinan kandungan dalam Coklat A mudah cair dan Coklat B pula sebaliknya.
Dan semasa kedua-dua bungkusan tersebut dibuka, berapa lama coklat tersebut dibiarkan terdedah pada udara.
Coklat yang terlalu lama terdedah pada udara akan menghadapi masalah untuk cair kerana udara kita mengandungi bahan lembapan.
Coklat pula terlalu sensitif kepada air.
Jika dibiarkan coklat terlalu lama pada udara, kemungkinan coklat tersebut tercemar dengan lembapan.
salam… nak tanye, klu untuk wat cornflakes coklat.. pakai coklat tulip ok x???
Wslm. Boleh sahaja.
salam…
coklat jenama apa yg encik cadangkan untuk homemade coklat??? yang x cepat cair..
terima kasih
Wslm. Semua coklat akan cair pada suhu yang tinggi. Yang penting ialah penjagaan coklat tersebut dan elakkan coklat tersebut dari terdedah dari cuaca panas.
Jenama yang saya cadang ialah Beryl’s dan Selbourne.
tq cikgu
Sama-sama.
as salam sy nak tnya selepas coklat dimasukkan dlm frige untuk dibekukan.adakah sy perlu tunggu sehingga coklat itu kembali ke suhu bilik untuk dibungkus?
Wslm. Seeloknya semasa coklat dikeluarkan dari peti sejuk, biarkan dahulu coklat tersebut dalam bekas tertutup. Nanti kita akan lihat bekas tersebut mengalami proses kondensasi (berpeluh). Biarkan sehingga habis berpeluh kemudian baru bungkus.
Boleh baca tips elak coklat berpeluh di http://blog.gurucoklat.com/kenapa-coklat-berpeluh/
salam.. nak tanya ada x cara untuk coklat homemade ni xmudah cair.. mksud xmudah cair ni bila saya nak bawa coklat tu keluar rmh.. kira nak htr bg org lah ye.. tp yg saya perhatikan mesti coklat tu cpt sgt cair.. akhirnya xbg pun kat org sb coklat dah comot.. saya guna coklat Le bourne dan bery’ls. mohon tips dari guru ya.. terima kasih..
Wslm. Cara untuk elakkan coklat dari cair ialah elakkan coklat tersebut dari berada di suhu yang tinggi.
Biasa coklat tidak akan cair dalam suhu bilik. Elakkan dari letak dalam kereta yang berada di bawah cahaya matahari.
Kalau coklat tersebut cair pada suhu bilik, kemungkinan ada sesuatu yang silap semasa proses menghasilkan coklat tersebut.
macam mana nk cantumkan huluf yang dh dibuat atas coklat. adakah huluf diletak atas coklat selepas coklat mengeras atau coklat dalam keadaan masih cair. satu lagi apa bahan yang digunakan untuk mencantumkan huluf tersebut? mohon tips dari guru…terima kasih.
Coklat dicantumkan ketika keras.
Bahan yang digunakan untuk cantum ialah coklat yang dicairkan.
Caranya:
1. Sapukan coklat yang cair tersebut di bawah permukaan coklat huruf.
2. Lekatkan coklat huruf diatas coklat lain.
3. Sejukkan coklat yang telah dicantum seketika.
Apakah jenis bahan yang perlu dicampurkan untuk mengurangkan rasa pahit dark coklat compound? Bolehkah white coklat di campur dengan dark coklat atau dark coklat perlu dicampurkan dengan serbuk susu?Mohon tips dari guru. Terima kasih.
Campurkan coklat dark bersama coklat milk. Jangan campur dengan serbuk susu dan white chocolate.
coklat compound ni mudah cair tak? klau bawak dalam pjalanan 8 jam cthny?
Ciri-ciri coklat semua sama. Akan cair pada suhu yang tinggi. Untuk perjalanan yang jauh, elakkan coklat dari ditinggalkan dalam kereta yang di parking di bawah terik matahari atau bonet kereta.
salam
saya hairanla tengok org buat business coklat dari rumah utk tempahan tangan, kahwin & sebagainya. tambah lg pakai pos. x ke cair dalam perjalanan?tambahan pula klu letak bwh khemah?tq
Wslm. Untuk pos sebenarnya ada cara pembungkusan yang boleh membuatkan coklat tersebut tidak cair/kurang risiko untuk cair.
Dan coklat pula biasanya orang akan letak di tempat yang tidak panas seperti dalam rumah atau dewan.
Kalau yang berkhemah pula, coklat tersebut akan diletakkan di tempat yang kurang panas.
nak tnya..pewarna utk coklat jadi colorful tu ada pewarna khas ke? boleh bagi contoh or brand color yg selalu di guna? coz xkan nak guna pewarna utk yg buat kuih kn? tq guru
Gunakan pewarna jenis minyak. Tidak kisah jenama apa. Yang penting jenis minyak (oil base).
salam..st nk tnye.. coklat yg telah keras dan di simpan dlm bekas kedap udara.. bekas itu hanya dibiarkn dlm pti ais atau di luar shj?
Wslm. Boleh letak dalam peti sejuk dan juga di suhu bilik.
Salam, boleh bagi cadangan cara2 pembungkusan coklat untuk dipos….contohnya coklat praline 35 pcs dlm kotak, choc love box untuk hantaran dlm transparent box, dan choc taj mahal…mohon advice..;)
Hi Guru Coklat, saya ingin minta panduan tentang cara pembuatan coklat yang betul untuk mengelakkan coklat mudah cair.
Hi. Pertama sekali, perlu kenal pasti punca masalah coklat cair tersebut.
Adakah berpunca pada suhu?
Atau ianya berpunca pada teknik?
Secara asas, coklat memang akan cair pada suhu yang tinggi. Jadi, elakkan dari meletakkan coklat disuhu yang tinggi.
Jika bukan disebabkan suhu, mungkin disebabkan teknik pembuatan coklat yang salah.
Ada banyak faktor coklat mudah cair. Antaranya:
1. Coklat terkena air (kuantiti yang banyak)
2. Cara mencairkan coklat yang salah (kandungan bahan dalam coklat menjadi tidak stabil).
Jadi, perlu mempelajari asas pembuatan coklat.
Untuk itu, saya cadangkan untuk mempelajari asas pembuatan coklat sama ada melalui kelas-kelas pembuatan coklat atau dari panduan-panduan pembuatan coklat seperti yang Guru Coklat keluarkan iaitu Panduan Buat Coklat GC (boleh didapati di GuruCoklat.com)