hantaran coklat

Bakal Pengantin Antara Pembeli Coklat Terbesar di Malaysia?

Pada minggu yang lepas, saya menyertai rombongan meminang sepupu (lelaki) saya di Perak. Perjalanan agak jauh dari rumah sepupu saya di Bidor ke Hutan Melintang, Perak dan mengambil masa lebih kurang 30 minit ke 1 jam untuk tiba ke rumah bakal tunang sepupu saya (Sekarang sudah menjadi tunang sepupu saya). Lebih kurang 15 buah kereta telah menyertai rombongan meminang tersebut.

Setelah tiba disana, majlis adat istiadat dan perbincangan pun bermula. Hantaran yang diberikan sepupu saya ialah 7 dulang dan dibalas oleh pihak perempuan dengan 9 dulang. Yang menariknya, kedua-dua belah pihak telah menjadikan coklat buatan tangan sebagai salah satu dari hantaran yang telah diberikan.

Gambar hantaran coklat yang diberikan sepupu saya.

Coklat buatan tangan seolah-olah telah menjadi trend masa kini untuk dijadikan hantaran pertunangan. Mungkin dekorasi coklat yang menarik dan harga yang murah menjadi faktor utama coklat buatan tangan dijadikan sebagai hantaran untuk bakal pengantin.

Dari pemerhatian tersebut juga dapat kita simpulkan, bakal pengantin merupakan pembeli terbesar coklat buatan tangan di Malaysia. Jadi, usahawan yang ingin atau baru memulakan perniagaan coklat buatan tangan perlu mencari bakal pengantin sebagai prospek kepada coklat buatan tangan jenama mereka.

Antara laman web yang sering digunakan bakal pengantin untuk mencari bahan-bahan persediaan majlis perkahwinan mereka ialah Kahwin Mall.

Laman web Kahwin Mall ini ialah satu laman web yang menyenaraikan produk-produk dan perkhidmatan khusus untuk bakal-bakal pengantin di Malaysia. Laman web tersebut juga memudahkan bakal pengantin mendapatkan perkhidmatan terbaik untuk majlis perkahwinan mereka yang bakal menjelang. Pastinya coklat buatan tangan antara produk yang dicari-cari oleh bakal pengantin di laman web tersebut. Kepada usahawan yang ingin atau baru memulakan perniagaan coklat buatan tangan, saya rekemenkan laman web tersebut sebagai titik permulaan perniagaan coklat anda. 🙂

*Apabila bilangan usahawan coklat buatan tangan semakin ramai, maka semakin kuatlah persaingan. Jadi, bagaimanakah caranya anda boleh mengatasi persaing anda? Nantikan post dari saya mengenai “Cara mengatasi persaing!” pada post akan datang. 🙂

—————————————————————————————————-

—————————————————–

Sertai komuniti Guru Coklat di Facebook untuk menerima update post terkini di Blog Guru Coklat!

LIKE Facebook Guru Coklat di SINI!

—————————————————–

—————————————————————————————————-


Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *