Skip to main content

Cara Buat Coklat Huruf

Cantikkan coklat huruf diatas. 🙂

Ramai yang meminta saya untuk tunjukkan cara membuat coklat huruf seperti diatas.

Secara asasnya ialah melekatkan “Coklat Berbentuk Huruf” dengan “Coklat Berbentuk Hati“.

Okay. Jom kita teruskan kepada teknik-teknik membuatnya. 🙂

___________________________________________

Sebelum meneruskan bacaan, dicadangkan untuk pembaca mengetahui dahulu asas pembuatan coklat untuk elakkan sebarang kerugian berlaku. 🙂

Boleh ketahui asas pembuatan coklat di kelas-kelas membuat coklat atau boleh pelajari dari Panduan Buat Coklat GC (REKEMEN)

___________________________________________

Bahan-bahan:

  1. Acuan berbentuk huruf (untuk menghasilkan “Coklat Berbentuk Huruf“)
  2. Acuan berbentuk hati (untuk menghasilkan “Coklat Berbentuk Hati“)
  3. Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan
  4. Pewarna jenis minyak (pilihan)

 

Cara-caranya:

  1. Siapkan “Coklat Berbentuk Huruf” dan juga “Coklat Berbentuk Hati
  2. Sapukan coklat cair dibawah tapak “Coklat Berbentuk Huruf“. Kemudian, lekatkan “Coklat Berbentuk Huruf” dengan “Coklat Berbentuk Hati
  3. Selepas dilekatkan, sejukkan coklat tersebut didalam peti sejuk selama 5 minit.
  4. Keluarkan dari peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan. 🙂

 

Mudah sahajakan caranya. 🙂

Moga panduan ini dapat membantu semua. 🙂

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

Leave a Reply