Skip to main content

Cara Buat Coklat Oreo dengan Edible Image

Assalammualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog GC. 🙂

Di Facebook Guru Coklat, ramai yang bertanyakan kepada saya “Cara untuk lekatkan Edible Image dengan coklat Oreo“.

Jadi, saya ada terjumpa satu tutorial di laman web Bird’s Party Blog dan saya akan kongsikan disini. 🙂

 

 

Okay. Tanpa membuang masa, kita teruskan kepada bahan-bahan yang diperlukan.

 

Bahan-bahan:

  1. Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan
  2. Biskut Oreo
  3. Acuan coklat Oreo (dalam gambar guna acuan Cupcake)
  4. Edible image (boleh didapati dikedai menjual peralatan membuat kek)

 

Cara-caranya:

 

  1. Jika Edible image dalam bentuk transparent sheet, potong menjadi bulatan yang boleh dimuatkan ke dalam acuan.
  2. Masukkan Edible Image ke dalam acuan dan tuangkan sedikit coklat kedalamnya. Pastikan dilangkah ini, tangan kita tidak panas kerana ianya akan merosakkan Edible Image. Selepas dituangkan sedikit coklat, sejukkannya sebentar didalam peti sejuk supaya Edible Image tersebut melekat bersama coklat.
  3. Masukkan biskut Oreo.
  4. Tuangkan coklat sehingga memenuhi acuan dan sejukkan sehingga keras. 🙂

 

Cara lain:

  1. Siapkan coklat Oreo tanpa letak Edible Image seperti langkah (1) diatas.
  2. Selepas coklat Oreo siap dikeraskan, sapu sedikit coklat cair dibawah permukaan Edible Image. Kemudian, lekatkannya pada coklat Oreo yang telah siap.
  3. Sejukkan sebentar cantuman tadi didalam peti sejuk sehingga coklat cair tadi menjadi keras dan Edible Image sudah terlekat pada coklat Oreo.
  4. Sedia untuk dihidangkan. 🙂

 

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Moga tips ini dapat membantu semua. 🙂

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

Leave a Reply