Skip to main content

Cara Meletakkan Harga Jualan Coklat

Pada perkongsian tips pada kali ini, saya nak mengupaskan tentang salah satu masalah yang sering dihadapi oleh usahawan coklat yang baru iaitu Cara Menetapkan Harga Jualan Coklat.

Bagaimanakah cara untuk menetapkan harga coklat?

“Bolehkah kita ikut harga coklat yang ditetapkan pesaing kita?”

Boleh sahaja asalkan kita tidak rugi. 🙂

Tentang harga, kita perlu pertimbangkan kos barang untuk menghasilkan coklat tersebut.

Setiap tempat, harga kos ialah berbeza. Sebagai contoh ialah harga coklat Compound. Harga coklat Compound di Malaysia ialah sekitar RM12 ke RM18. Harga tersebut agak jauh bezanya. Disebabkan itu kita tidak boleh ikut harga pesaing jikalau perkara tersebut akan menyebabkan kita rugi.

 

Cadangan untuk meletakkan harga jualan coklat

Plan dahulu berapa keuntungan yang kita nak ambil untuk setiap coklat. Saya cadangkan untuk ambil keuntungan sekali ganda dari kos coklat.

Contoh, jika kos untuk menghasilkan sebiji coklat ialah RM0.20. Kita boleh letakkan harga jualan coklat tersebut RM0.40. Jadi keuntungan yang akan kita dapat ialah sekali ganda berbanding kos iaitu RM0.20 untuk sebiji coklat. 🙂

 

Harga jualan coklat saya terlalu tinggi berbanding pesaing kerana kos saya yang tinggi. Bagaimanakah cara untuk saya mengatasi pesaing saya?

Sebagai usahawan, kita tidak perlu nak bersaing harga dengan memberikan harga yang rendah untuk mengatasi pesaing kita sehingga menyebabkan kerugian.

Apa yang perlu kita lakukan ialah cari sebab kenapa bakal pelanggan perlu membeli dari kita. Berikut ialah antara faktor yang bakal pelanggan pertimbangkan sebelum membeli coklat jenama anda:

  1. Kualiti coklat anda.
  2. Kualiti servis anda.
  3. Kelainan coklat anda.
  4. Cara anda melayan pelanggan.
  5. Tawaran yang anda berikan.
  6. Jaminan kepuasan.

 

Mudah-mudahan perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam meletakkan harga coklat jenama anda dan bersaing dengan pesaing anda. 🙂

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

Leave a Reply