Assalammualaikum semua pembaca Blog GC. Terima kasih kerana melawat Blog GC. 🙂
Hari itu, ada beberapa orang fans di Facebook Guru Coklat bertanyakan pada saya cara membalut coklat dengan kertas aluminium.
Jadi, saya telah berjanji pada mereka ingin menunjukkan cara membalut coklat dengan kertas aluminium.
Dan pada post kali ini saya ingin menunaikan janji saya. 🙂
Selamat menonton video cara membalut coklat dengan kertas aluminium dibawah ini.
Jika ada komen, jangan malu-malu untuk bertanya disini. 🙂
P/S: Kepada Anna Marimar dan E-za Rafiq, saya nak ucapkan Terima Kasih kerana bertanyakan soalan tersebut. 🙂
salam..nk tanye, mne nk beli kertas aluminium kaler2 ni ye..? tQ =)
Saya beli di kedai jual peralatan bakeri. Cuba cari di sana. 🙂
salam guru coklat..saya dah beli ebook guru coklat…dan dah berjaya buat coklat…nak minta jasa baik guru coklat untuk promosikan blog saya kat facebook guru coklat…boleh ker?
harap dapat balasan dari guru coklat
tq
Boleh. Tiada masalah. Nanti emel saya di [email protected]. Sertakan sekali emel yang digunakan semasa menempah ebook tersebut untuk pengesahan. 🙂
salam guru coklat..saya dah email.
salam..nak tanye. nape video tak display pun cara bungkus choc?..gelap je
Saya lihat ok je. Cuba sekali lagi. 🙂
still tak display la 🙁
Nape coklat yg saya buat rasa tawar..tak sedap kt mulut @ saya trlebih letak cocoa butter.saya gune choc berlys.mmm..cedih la..
Mungkin juga terlebih cocoa butter. Cuba lagi dengan tak letak cocoa butter. 🙂
salam guru coklat, saya nak tanya mcana tak nak bagi coklat cair semasa penghantaran melalui pos?
Wslm. Caranya ialah dengan membungkus kotak coklat tersebut dengan sesuatu yang tebal.
Kebanyakkan usahawan coklat membungkus kotak coklat tersebut dengan surat khabar sahaja.
Tapi saya cadangkan untuk menggunakan sesuatu yang lebih tebal seperti polifoam.
Lagi tebal bungkusan, lagi kurang risiko coklat dari cair. 🙂
assalamualaikum.guru sy mau ty ,coklat buat pertama sya berpeluh itu disebabkan apa ye?apakah terlalu lama dipeti sejuk ke?dan bgam cara penyimpan coklat yg baik…terimakash perhatiannya?
Waalaikummussalam. Ya. Antara salah satu faktor coklat berpeluh ialah terlalu lama disimpan dalam peti sejuk.
Baca tips berikut untuk mengetahui cara mengelakkan coklat dari berpeluh:
-> http://blog.gurucoklat.com/kenapa-coklat-berpeluh/
macam mane nak buat coklat putih yang dicairkan?
Saya kurang faham dengan pertanyaan akak. Adakah akak maksudkan cara mencairkan coklat putih?
As salam….
Guru Coklat… saya pernah mengikuti kelas membuat coklat di kolej komuniti….tp byk yg saya perlu belajar lagi…byak gak tips yg saya dapat dari blog guru coklat…bgaimana cara saya nak hubungi guru coklat utk dapatkan lbh byk tips lagi…
Wslm. Boleh hubungi saya di [email protected] atau di Facebook Guru Coklat