Skip to main content

3 Cara Mengatasi Pesaing Perniagaan Coklat!

 

Semakin hari semakin bertambah usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan coklat buatan tangan. Pelbagai strategi telah dilakukan oleh usahawan coklat yang baru untuk menyaingi usahawan coklat yang telah lama berkecimpung dalam industri tersebut. Ada yang gagal dan ada juga yang berjaya. Saingan sesama usahawan coklat yang baru juga tidak dapat dinafikan kehebatannya. Masing-masing telah nampak keuntungan yang bakal terhasil dari perniagaan coklat tersebut. Jadi, bagaimana caranya untuk mengatasi pesaing coklat buatan tangan tersebut?
(more…)

Bakal Pengantin Antara Pembeli Coklat Terbesar di Malaysia?

Pada minggu yang lepas, saya menyertai rombongan meminang sepupu (lelaki) saya di Perak. Perjalanan agak jauh dari rumah sepupu saya di Bidor ke Hutan Melintang, Perak dan mengambil masa lebih kurang 30 minit ke 1 jam untuk tiba ke rumah bakal tunang sepupu saya (Sekarang sudah menjadi tunang sepupu saya). Lebih kurang 15 buah kereta telah menyertai rombongan meminang tersebut.

Setelah tiba disana, majlis adat istiadat dan perbincangan pun bermula. Hantaran yang diberikan sepupu saya ialah 7 dulang dan dibalas oleh pihak perempuan dengan 9 dulang. Yang menariknya, kedua-dua belah pihak telah menjadikan coklat buatan tangan sebagai salah satu dari hantaran yang telah diberikan.

Gambar hantaran coklat yang diberikan sepupu saya.

Coklat buatan tangan seolah-olah telah menjadi (more…)

Eksklusif : Strategi 1 Bulan Sebelum Pelancaran Coklat

Strategi yang betul sebelum pelancaran coklat jenama anda dapat memberikan impak yang SANGAT HEBAT dalam pemasaran produk tersebut. Jadi…

Bagaimana cara untuk merangka strategi sebelum melancarkan produk?

 

Baiklah. Dalam post kali ini, saya akan berkongsi strategi yang saya sendiri telah pelajari dari pengalaman saya melancarkan coklat jenama Guru Coklat yang telah saya pasarkan di Store Guru Coklat.

Tempoh masa strategi pelancaran ini ialah 1 bulan. Berikut ialah strategi yang anda boleh gunakan sebelum pelancaran coklat anda : (more…)

Tips Perniagaan Coklat – Jual Online Atau Offline? Mana lebih baik?

Persoalan yang sering bermain di fikiran usahawan coklat terutama yang baru nak bermula, “Bagaimana untuk memulakan perniagaan coklat?” dan “Medium apa yang sesuai untuk memulakan perniagaan coklat?“.

Adakah perniagaan coklat secara online lebih baik berbanding offline? Atau sebaliknya?

Persoalan sedemikian sering menjadi dilema usahawan-usahawan coklat yang baru hendak bermula sehingga ada yang terhenti setengah jalan dan berputus asa.

Sebenarnya, kedua-dua medium pemasaran sama ada Online atau Offline mempunyai Pros dan Kontra yang tersendiri. Jika kita lihat, ada banyak blog tentang perniagaan coklat dilahirkan di Malaysia setiap hari dan ada juga yang berjaya seperti pemilik blog Arah Chocolate yang mana kejayaan beliau dalam memasarkan coklat dengan menggunakan medium blog di internet telah menarik perhatian wartawan akhbar dan kisah kejayaan beliau telah ditulis diruangan akhbar terkenal seperti Kosmo, Harian Metro dan Berita (more…)