Woman-making-chocolate-007

3 Kesilapan Besar Usahawan Coklat Lakukan Dalam Mengurangkan Kos (Mesti baca!)

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Blog GC.

Ramai usahawan coklat yang tidak sedar bahawa mereka telah melakukan satu kesilapan dalam percubaan untuk mengurangkan kos pembuatan coklat. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi bersama semua tentang kesalahan besar yang biasa dilakukan oleh usahawan coklat terutama yang masih baru. :)

 

Kesilapan 1 – Mencuba-cuba sendiri membuat coklat tanpa panduan yang tepat

Ini ialah kesilapan utama yang biasa dilakukan oleh bakal usahawan coklat terutama yang baru berkecimpung dalam perniagaan coklat.

Mereka mencuba-cuba untuk menghasilkan coklat sendiri tanpa ada panduan yang tepat. Kononnya untuk mengurangkan bajet dengan tidak menghadiri kelas membuat coklat atau membeli panduan membuat coklat yang betul.

Hasilnya, mereka telah membazirkan duit mereka dengan membeli bahan yang salah dalam pembuatan coklat. Akhirnya terpaksa juga mengeluarkan duit untuk mendapatkan panduan yang tepat.

Jadi, kita perlu mendapatkan panduan atau berguru jika betul-betul berminat dalam sesuatu perkara seperti belajar membuat coklat demi mengelakkan daripada berlaku kerugian seperti diterangkan. :)

 

Kesilapan 2 – Menukar bahan lain yang seakan-akan sama dengan bahan asal semata-mata untuk menjimatkan kos

 

Contoh, anda menggunakan Nutella sebagai salah satu bahan istimewa dalam coklat. Suatu hari anda lihat harga Nutella telah naik
dan anda cuba untuk mengurangkan kos dengan menggunakan bahan lain seakan-akan Nutella.

Bagi anda, bahan yang digunakan itu masih lagi sedap jika dibandingkan dengan Nutella. Jadi, anda cuba menjual coklat tersebut.

Dari hari demi hari, anda lihat jualan coklat anda semakin menurun. Jadi, anda pun terfikir faktor yang menyebabkan jualan jadi menurun. Tanpa anda sedari, faktor utama jualan anda berkurang ialah disebabkan perubahan bahan tadi.

 

Kenapa perubahan bahan tersebut menjejaskan perniagaan anda?

Sebenarnya salah satu faktor orang membeli coklat anda ialah disebabkan Nutella tersebut. Kebanyakkannya juga ialah peminat Nutella itu sendiri.

Jadi, mereka lebih arif tentang rasa Nutella tersebut. Bila mereka sedari bahan Nutella tersebut telah ditukar kepada bahan lain, mereka berasa seolah-olah tertipu dan menganggap coklat jenama anda kurang berkualiti.

 

 

 

 

Kesilapan 3 – Mengurangkan kuantiti bahan yang digunakan dari kuantiti asal

Contoh, jika sebelum ini kita rasa coklat jenama A, kita dapati filling coklat tersebut penuh. Tapi, lama kelamaan kita rasa filling coklat tersebut semakin sedikit pula. Jadi, kita rasa tak berpuas hati dan akan cuba mencari jenama lain.

Sebenarnya kesalahan yang dilakukan pemilik coklat jenama A ialah mengurangkan bahan dalam coklat tersebut. Dalam situasi ini ialah dia mengurangkan filling. Mungkin dia beranggapan dengan mengurangkan filling tersebut, dia dapat mengurangkan kos. Tetapi dia tidak terfikir bahawa dia akan kehilangan pelanggan tetap. :)

 

Penyelesaian!

  1. Jika harga bahan naik, naikkan juga harga coklat dan maklumkan kepada pelanggan tentang penaikkan harga tersebut. Jangan ubah kepada bahan lain. :)
  2. Tetapkan kuantiti minima tempahan. Dengan menetapkan kuantiti minima tempahan ini, kita dapat menjimatkan kos dari pelbagai segi seperti petrol dan sebagainya dan dapat mengelakkan risiko dari bahan tersebut tidak habis dipakai dan terpaksa dibuang akibat mencapai tarikh luput. :)

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada semua. :)

P/S: Tinggal lagi 87 unit sahaja lagi untuk dapatkan Panduan Buat Coklat GC pada harga RM40.

KLIK SINI SEKARANG UNTUK MENEMPAH

 

Read More