strategy

Eksklusif : Strategi 1 Bulan Sebelum Pelancaran Coklat

Strategi yang betul sebelum pelancaran coklat jenama anda dapat memberikan impak yang SANGAT HEBAT dalam pemasaran produk tersebut. Jadi…

Bagaimana cara untuk merangka strategi sebelum melancarkan produk?

 

Baiklah. Dalam post kali ini, saya akan berkongsi strategi yang saya sendiri telah pelajari dari pengalaman saya melancarkan coklat jenama Guru Coklat yang telah saya pasarkan di Store Guru Coklat.

Tempoh masa strategi pelancaran ini ialah 1 bulan. Berikut ialah strategi yang anda boleh gunakan sebelum pelancaran coklat anda :

 

1) Bina hubungan yang baik sesama bakal pelanggan.

Sebulan sebelum melancarkan coklat jenama anda, bina dahulu hubungan yang baik sesama bakal pelanggan. Antara caranya, gunakan medium Facebook untuk mendapatkan bakal pelanggan coklat anda. Setiap hari, tambah rakan anda di Facebook dan bina hubungan yang baik dengan mereka. Selalulah bertegur sapa dengan mereka, berkenalan, berkomunikasi dan komen/like setiap “Status Update” rakan anda yang anda rasakan menarik. Jangan lupa untuk melengkapkan maklumat diri anda pada profil Facebook anda supaya rakan-rakan Facebook anda dapat lebih mengenali dan mempercayai anda. :)

 

2) Tawarkan kepada rakan-rakan/bakal pelanggan anda untuk mencuba coklat anda secara percuma.

Teknik ini anda boleh aplikasikan 1 minggu/2 minggu sebelum produk anda dilancarkan. Tawarkan kepada rakan-rakan/bakal pelanggan anda untuk mencuba coklat anda secara percuma. Jangan takut rugi. Anggap sahaja wang yang keluar dari setiap pemberian coklat tersebut ialah modal pengiklanan anda. Sambil-sambil itu boleh juga bertanyakan pendapat rakan-rakan anda tersebut mengenai coklat tersebut. Jangan lupa untuk meminta testimoni dari rakan anda yang mencuba coklat jenama anda.

(*Amat digalakkan anda mencipta coklat yang ada keunikkan tersendiri berbanding coklat jenama lain. Mungkin anda boleh mencipta coklat yang dipenuhi dengan kekacang dan jadikan kelebihan tersebut sebagai Trademark jenama coklat anda sendiri. :) )

 

3) Buka peluang kepada rakan-rakan anda menjadi agen coklat jenama anda.

Selepas anda mengaplikasikan langkah (1) dan (2) dengan cemerlang, saya pasti rakan-rakan anda akan yakin dan percaya dengan coklat jenama anda. Jadi, ambil kesempatan ini untuk memberi peluang kepada rakan-rakan anda tersebut untuk menjadi agen coklat anda. Saya pasti dengan gembiranya mereka pasti akan membantu mempromosikan coklat anda. Tentang perkara ini anda boleh war-warkan kepada rakan-rakan anda beberapa hari selepas anda melakukan langkah (2).

 

4) Lancarkan coklat jenama anda.

Untuk langkah ke (4) ini, saya galakkan anda mempunyai laman web/blog KHAS untuk coklat anda. Jangan campurkan coklat anda dengan produk lain dalam laman web/blog tersebut. Letakkan coklat anda sahaja dalam laman web/blog tersebut. Anda boleh bermula untuk membuat blog tersebut 1 minggu sebelum produk tersebut dilancarkan. Tetapi saya nasihatkan anda serahkan tugas membuat laman web/blog ini kepada yang lebih pakar dalam bidang tersebut supaya dapat menghasilkan web yang professional untuk coklat jenama anda.

Semasa pelancaran ini, saya cadangkan anda meletakkan harga yang rendah sedikit berbanding harga biasa yang akan anda tetapkan kelak. Misi pelancaran coklat ini ialah untuk meningkatkan jumlah penggemar setia coklat anda, meningkatkan jumlah pengedar coklat anda dan memperkenalkan jenama coklat anda kepada penggemar coklat.

Tempoh pelancaran ini saya cadangkan buat selama 2 minggu. Promosikan sebaik mungkin coklat jenama anda selama 2 minggu ini. Jika mampu untuk menempah ruang iklan, tempahlah ruangan iklan. Tetapi pesanan dari saya dalam pemasaran coklat ini, jangan melakukan SPAM. Jika tidak tahu apa-apa mengenai SPAM, banyakkan melakukan carian di laman web Google mengenai SPAM dan pastikan anda tidak melakukan SPAM dalam mempromosikan coklat anda. :)

 

Sekian sahaja perkongsian saya mengenai strategi pemasaran coklat yang saya sendiri pelajari dari pengalaman saya memperkenalkan coklat jenama Guru Coklat yang dipasarkan di Store Guru Coklat . Lakukan langkah-langkah yang telah saya tunjukkan diatas dengan cemerlang dan saya pasti anda akan berjaya dalam perniagaan coklat. :)

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

4 thoughts on “Eksklusif : Strategi 1 Bulan Sebelum Pelancaran Coklat

  1. utk wt coklat ni ade ape2 bahan tambahan ke utk mcegah die jd cpt cair?bimbang kalau utk dijadikan hantaran tkut cepat cair..

    1. Tidak ada bahan tambahan. Cukup sekadar cara pembuatan betul, InsyaAllah coklat tidak akan cair dalam suhu bilik. Elakkan juga tinggalkan coklat dalam kereta bertutup dibawah sinar matahari yang terik. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge