OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Guru Coklat Almond Choco Cornflakes

Assalamualaikum kepada semua pembaca. :)

Hari ini ialah pembukaan Blog Guru Coklat dan ini ialah post resipi pertama di Blog Guru Coklat.

Sebenarnya Khai tidak berapa sihat hari ini. Selsema. Tetapi Khai masih bersemangat untuk berkongsi resipi dengan penggemar coklat semua. :)

Resipi yang pertama ini ialah Guru Coklat Almond Choco Cornflakes.

Cara untuk membuat Guru Coklat Almond Choco Cornflakes ini sangat mudah.

 

Bahan – bahannya ialah :

  1. Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan.
  2. Cornflakes.
  3. Badam.
  4. Cawan kertas.

 

Cara – cara pembuatannya :

  1. Masukkan Cornflakes ke dalam coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan dan gaul sehingga kesemua Cornflakes tersalut dengan coklat.
  2. Selepas itu, masukkan Cornflakes yang telah tersalut dengan coklat ke dalam cawan kertas.
  3. Letakkan badam diatas Cornflakes yang telah tersalut coklat.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa minit.
  5. Guru Coklat Almond Choco Cornflakes sedia untuk dihidang. :)

 

 

 

 

Sampai disini sahaja resipi untuk kali ini. Kepada yang ingin mencuba resipi ini, Khai nak ucapkan Selamat Berjaya. Jika ada masalah, boleh komen di post ini. :)

 

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

38 thoughts on “Guru Coklat Almond Choco Cornflakes

    1. :) Betul. Kebiasaan orang membuat Cornflakes coklat ni menggunakan coklat masakan. Coklat masakan lain rasanya berbanding coklat Compound dan Couverture. Dalam resipi ini saya menggunakan coklat Milk Compound. Memang sedap. :)

    1. Jika menggunakan coklat Compound atau Couverture, ianya akan keras pada suhu bilik. Jika gunakan coklat masakan, saya tidak pasti. :)

  1. macam mana nak hilangkan wap2 air pada coklat yg kita dah siapkan…saya dah try buat dan simpan dalam peti ais…tapi permukaan coklat agak berwap…..so macam mana nak hilangkan awap air itu…utk makluman saya menggunakan coklat masakan…..dark coklat…

    1. Untuk coklat masakan saya tidak pasti. Tetapi jika menggunakan coklat Compound/Couverture, masukkan dahulu coklat tersebut kedalam bekas yang tertutup. Kemudian, baru masukkan dalam peti sejuk. Selepas keluarkan coklat tersebut dari peti sejuk, biarkan dahulu coklat didalam bekas tertutup tadi beberapa minit sebelum membuka penutup bekas tersebut. :)

  2. Nak tanya, kenapa coklat yang kita lekatkan sticker cartoon tu lama2 boleh mengecut? Seolah2 menyerap ke dalam coklat

    1. Saya pun kurang pasti kerana saya tidak pernah menghadapi masalah tersebut. Mungkin ketika proses untuk melekatkan edible image pada coklat, suhu coklat tersebut terlalu tinggi.

    1. hehehe.. :)
      Buat masa ini saya tidak membuat kelas. Saya hanya menyediakan ebook panduan asas cara membuat coklat.
      Tetapi jualan ebook tersebut terpaksa ditutup seketika kerana saya ingin melakukan penambahbaikkan.
      Apa-apa pun terima kasih kerana melawat blog saya. Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan dalam blog ini memberi manfaat kepada anda. :)

  3. nak tanya..coklat sy berwap…boleh bg langkah2 untuk keraskan coklat dgn lebih detail? ada yg kata xboleh simpan terlalu lama dlm freezer..betul ke? lg 1,nak keraskan coklat harus simpan di bahagian atas atau bwh peti sejuk?

    1. Yup. Jangan simpan terlalu lama dalam freezer. Cukup sekadar coklat tersebut keras dan boleh dikeluarkan dari acuan. :)
      Simpan di bahagian bawah peti sejuk. Jangan bahagian freezer. :)

  4. Salam…lps dikeluarkn dr p.ais then dimsuk trus dlm balang…adakah ia Kekal rangup?atau perlu dimasukkn semula dlm p.ais?

  5. Assalamualaikum…sy nk tnye laa..berkenaan ng bskt almond london…
    1. emm knp ble sy nk carikan coklet, coklet menjadi pekat…bskt xleh nk celup..=(
    2. coklet ape yg digunakan utk bskt almond london…
    :: sy bdk baru nk belajar….
    harap dpt bantu

    1. Waalaikummussalam.
      1. Coklat apa yang digunakan?
      2. Paling sedap guna coklat Couverture. Tapi pastikan untuk menggunakan coklat jenis tersebut perlu tahu asas pembuatan coklat. :)
      Boleh belajar asas pembuatan coklat di sini.

  6. Assalamualikum abang Khai,
    saye ni pelajar form 1 kat sabah.sye ni minat masak memasak ni.klau boleh,abng bleh la ajrkan sye buat coklat.So,I can make choclate by my self for my family.Before that,I have 2 question for abang Khai.

    Question1:can I use the blackforest cadbury choclate?
    Question 2:what is compound choclate?it is same with cadbury choclate?it is can eat begitu saje?

    Sorry la,ni adik nak cube je speaking english.x tau la english adik ni btul ke tak.But,when u give answer for the question,explain la in BM,ok?nnti kan,ade words pulak yg adik x pham.hehe…

    1. Waalaikummussalam. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
      Jawapan untuk pertanyaan tersebut adalah seperti berikut:

      1. Boleh sahaja. Tapi perlu gunakan teknik yang sesuai dalam penggunaan coklat tersebut. Coklat Cadbury ialah coklat Couverture. Jadi, gunakan teknik membuat coklat Couverture dalam penghasilan coklat tersebut. :)

      2. Coklat Compound lebih kurang macam Cadbury. Boleh dimakan begitu sahaja. Cuma bila makan banyak-banyak, tekak akan cepat rasa haus. :)
      Kalau adik nak tahu perbezaan antara coklat Compound dan Cadbury (coklat Couverture), boleh baca artikel berkaitan di:

      http://blog.gurucoklat.com/perbezaan-antara-coklat-compound-dan-couverture/

      :)

  7. abg Khai,
    boleh tak bagi tau cam ne care mencairkan coklat tersebut dgn teknik tempering.sebab adik nak buat ni sblm rye.

  8. soalan kat atas ni tak jdi la bang.
    oh ye,bile adik bca kt blog abg ni(yg knpa coklat couverture perlu di temper),bru adik tau.Tpi kan,mcm mna adik nk tau yg suhu coklat tu ialah suhu pada suhu bilik?nak test ngan jari boleh ke?biasenye,klau adik tngok kt mjlah tntng resepi2 coklat,dorang ukur suhu dgn pengukur suhu yg khas.adik mna ade bnde tu.So,cam ne tu abg Khai?`
    oh ye,ada satu lgi.klau adik tngok cara dorang sejuk kan coklat tu,dorang sejukkan kat atas satu tmpat yg rate.adik pun tak tau ape bende tu.(mungkin tempat memotong sayur kut.)So,adik nak tnye,klau sejukkan dkat dlam bekas yng kte gunakan untuk pnskan coklat tdi tak boleh ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge