Assalamualaikum kepada semua pembaca resipi di Blog Guru Coklat.

Apa khabar semua? Sihat?

Harap sihat hendaknya. Bak kata orang putih “Hope you in A Pink Of Health“(Eh! Betul ke ni? hehehe..). :)

Ok. Hari ini resipi yang Khai nak kongsi di beri nama Guru Coklat Almond Peanut Butter Ganache.

Biasa coklat kalau ada Ganache mesti tergolong dalam coklat jenis Truffle.

Tapi kali ini digabungkan lagi dengan coklat jenis Praline sebab Khai pun gunakan kekacang juga sebagai intinya.

Kekacang yang Khai gunakan untuk buat inti coklat ini ialah badam.

——————————————————————————————————————————————————————–

Peringatan : Pastikan anda sudah mempunyai pengetahuan asas tentang cara membuat coklat buatan tangan sebelum mencuba resipi ini kerana dikhuatiri ada istilah – istilah yang tidak dapat difahami. :)

——————————————————————————————————————————————————————–

Baiklah. Khai nak terangkan serba sedikit tentang coklat ini.

Coklat ini mempunyai inti Ganache peanut butter + Badam.

Jadi, proses untuk membuat coklat ini ialah :

  1. Buat inti Ganache.
  2. Buat Coklat.

 

Cara Membuat Inti Ganache

 

Bahan – bahan untuk membuat inti Ganache :

  1. 400g coklat Compound gelap. (Dark Chocolate)
  2. 300ml susu isian sejat.

 

Cara – cara untuk membuat Ganache :

  1. Cairkan coklat Compound gelap.
  2. Masukkan susu isian sejat ke dalam coklat yang telah dicairkan.
  3. Kacau sehingga sebati.
  4. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.

 

Cara Membuat Guru Coklat Almond Peanut Butter Ganache

 

Bahan – bahannya :

  1. Coklat Susu Compound/Couverture (Milk Chocolate) yang telah cair.
  2. Inti Ganache.
  3. Badam.
  4. Peanut Butter.
  5. Acuan coklat.
  6. Berus mewarna/Stik.
  7. Piping bag.

 

Cara – caranya :

  1. Ambil sedikit inti Ganache dan masukkan didalam bekas.
  2. Masukkan peanut butter (sesedap rasa) bersama inti Ganache tadi dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan inti Ganache yang telah bercampur dengan peanut butter tadi kedalam piping bag.
  4. Masukkan coklat susu Compound/Couverture yang telah cair ke dalam acuan coklat sehingga memenuhi 1/3 acuan tersebut.
  5. Ratakan coklat ke dalam acuan coklat tersebut dengan menggunakan berus mewarna/stik sehingga menjadi kelongsong coklat.
  6. Sejukkan selama 5 minit di dalam peti sejuk.
  7. Keluarkan acuan dari peti sejuk dan paipkan inti Ganache tadi ke dalam kelongsong coklat tadi.
  8. Masukkan badam kedalam kelongsong coklat bersama – sama inti Ganache.
  9. Tuangkan coklat yang telah cair kedalam acuan sehingga memenuhi ruang acuan.
  10. Hentakkan acuan sehingga coklat memenuhi ruang didalam coklat.
  11. Ratakan permukaan coklat menggunakan perata.
  12. Sejukkan coklat di dalam peti sejuk sehingga coklat menjadi keras.
  13. Keluarkan coklat dari acuan coklat.
  14. Sedia untuk dihidangkan. :)

Selamat Mencuba. :)






Be Sociable, Share!