Assalamualaikum semua.
Hari ini Khai nak kongsi resipi simple sahaja.
Resipi ini boleh digunakan jika masa buat coklat tu, ada lebihan coklat, boleh cuba resipi ini.
Resipi ini diberi nama Guru Coklat Badam Cincang.
Resipi ini akan memberi hasil coklat yang mengandungi badam cincang.
Baiklah. Kita terus kepada bahan-bahannya.
Bahan – bahannya ialah :
- Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan.
- Badam Cincang.
- Acuan coklat
Cara – caranya ialah :
- Masukkan badam cincang seberapa banyak yang anda mahu kedalam coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan.
- Gaul badam cincang bersama coklat tadi sehingga sebati semuanya.
- Masukkan coklat yang telah bergaul dengan badam cincang tadi kedalam acuan.
- Ratakan permukaan acuan.
- Sejukkan coklat kedalam peti sejuk.
- Setelah keras, keluarkan coklat tersebut dari acuan.
- Sedia untuk dihidangkan.

Mudah sahajakan.
Selamat mencuba.







Terima tips terbaru dari Guru Coklat terus ke emel anda! Masukkan emel anda disini: 
nmpk sedap…klo 1kg coklat compound,bleh dpt brp byk coklat badam cincang ni?nk try buat kat anak sedara..
1kg boleh dapat dalam 100 biji coklat.
assalamualaikum. yg badam cincang tu digoreng atau diovenkan?
Waalaikummussalam. Badam tersebut digoreng.
salam. nak tanya. saya ada buat choc box bersaiz ‘xl’untuk hantaran kahwin sepupu. masalahnya nape bahagian bawah/dasar choc box tu susah nak keluar?. bhgn atas senang je. saya dah letak dalam peti ais dalam 2 jan lebih..saya expect mesti dah keras betul dlm masa tu…pleaseeee…ketuk kuat sangat patah plak choc tu,,harap dapat tolong…
salam.. boleh ke kalau kita guna badam cincang tu x digoreng camne plak..
Wslm. Badam tersebut perlu digoreng dahulu tanpa minyak sehingga rangup.
salam …. nk tanya buat coklat ni ada bagi gula x?
sbb setau sy coklat compound ni tawar kan rasanya
Wslm. Tidak perlu tambah gula. Coklat Compound ini sepatutnya rasa lebih kurang sama dengan coklat siap yang dijual di pasaraya.