Skip to main content

Guru Coklat Cornflakes & Nutella

Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua pembaca Blog GC!

Apa khabar? Harap semua sihat dan ceria sahaja pada hujung minggu ini. 🙂

Petang tadi saya ada membuat resipi coklat yang baru. Saya rasa nak kongsikan resipi tersebut kepada semua yang berminat untuk membuat coklat. 🙂

Resipi tersebut diberi nama, Cornflakes & Nutella.

Coklat Cornflakes & Nutella ini ialah coklat yang dicampurkan dengan Cornflakes yang telah dihancurkan dan berintikan sapuan roti Nutella.

Jom kita terus kepada bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Coklat yang telah dicairkan
  2. Cornflakes yang telah dihancurkan
  3. Nutella

 

Langkah-langkahnya:

  1. Campurkan cornflakes hancur ke dalam coklat yang telah dicairkan.
  2. Kacau sehingga cornflakes sebati dengan coklat.
  3. Masukkan sedikit coklat kedalam acuan coklat dan jadikan kelongsong coklat. Kemudian, sejukkan kelongsong coklat tersebut didalam peti sejuk.
  4. Masukkan sapuan roti Nutella kedalam kelongsong tersebut.
  5. Penuhkan acuan coklat, hentakkan acuan dan ratakan pemukaan acuan dengan perata.
  6. Sejukkan coklat dan sedia untuk dihidangkan. 🙂

Sampai sini sahaja perkongsian resipi coklat pada kali ini. Kepada yang ingin mencuba, saya ucapkan selamat mencuba dan semoga berjaya. 🙂

 

—————————————————————————————————-

—————————————————–

Sertai komuniti Guru Coklat di Facebook untuk menerima update post terkini di Blog Guru Coklat!

LIKE Facebook Guru Coklat di SINI!

—————————————————–

—————————————————————————————————-

 

 

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

9 thoughts on “Guru Coklat Cornflakes & Nutella

    1. Dalam semua resipi yang dikongsikan tiada sukatan tetap. Maksud saya ialah sukatan bergantung pada pembuat coklat itu sendiri. Kalau pembuat coklat tersebut mahu lebih rasa Nutella, jadi dia boleh letakkan lebih Nutella ke dalam coklat. 🙂

  1. Salam Guru Coklat..saya nak minta pendapat gurucoklat mengenai beberapa resepi yang saya jumpa di internet. Ada resepi untuk buat filling yang menggunakan Sirap Glukoso sebagai salah satu bahan. Boleh ke kita buat sendiri sirap glukoso ni,,,kalau boleh macamana ya agaknye..

    Kalau kita tak letak sirap glukoso ini dlm resepi filling tersebut..boleh ke agaknya…terima kasih.

Leave a Reply