Skip to main content

Guru Coklat Nata De Coco Almond Crunchy

Assalamualaikum semua. Maaf jika sudah lama tidak kongsikan resipi disini.

Sejak akhir-akhir ini Khai ada banyak kerja yang hendak disiapkan. Jadi, tiada kesempatan untuk berkongsi resipi. 🙂

Baiklah. Resipi Khai nak kongsi pada hari ini ialah Guru Coklat Nata De Coco Almond Crunchy.

Coklat ini mengandungi Nata De Coco sebagai inti dan Badam Cincang pada lapisan paling bawah.

Bahan – bahannya :

  1. Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan.
  2. Nata de Coco.
  3. Badam Cincang.
  4. Acuan coklat.
  5. Berus mewarna/stik.

 

Cara – caranya ialah :

  1. Masukkan coklat Compound/Couverture yang telah cair kedalam acuan coklat sehingga memenuhi 1/3 ruang didalam acuan coklat.
  2. Ratakan 1/3 coklat tadi sehingga memenuhi permukaan ruang dalam acuan tadi dengan menggunakan berus mewarna/stik. (Dibahagian ini akan terhasil kelongsong coklat.)
  3. Masukkan Nata de Coco kedalam kelongsong coklat tersebut.
  4. Penuhkan acuan dengan coklat.
  5. Ratakan permukaan coklat dengan perata.
  6. Taburkan badam cincang pada bahagian paling atas acuan coklat.
  7. Sejukkan coklat dalam peti sejuk.
  8. Setelah keras, keluarkan dari peti sejuk.
  9. Keluarkan coklat dari acuan.
  10. Dan sedia untuk dihidangkan. 🙂

 

Mudah sahajakan. 🙂

Selamat mencuba.

 

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

Leave a Reply