PA160038

Guru Coklat Oreo & Peanut with Nutella

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera semua.

Post ini ditulis pada hari Ahad, jadi selamat hujung minggu semua.

Apa plan hujung minggu ni? Tak pergi mana-mana. Saya seperti biasa hujung minggu mesti buat coklat.

Semalam saya telah mencuba resipi baru dan saya rasa nak kongsi dengan semua pembaca Blog Guru Coklat.

Resipi kali ini ialah Oreo & Peanut with Nutella.

Coklat ini menggabungkan badam cincang dan Oreo hancur kedalam coklat dan ditengah-tengahnya saya meletakkan sapuan roti Nutella. Jadi, rasanya ada rangup-rangup kacang dan biskut dan manis coklat Nutella. :)

 

****************************************************

Disclaimer:

Pastikan anda sudah ada asas pembuatan coklat sebelum mencuba resipi ini. Sebarang kerugian TIDAK akan ditanggung oleh pihak Guru Coklat. Resipi ini 100% asli dari Guru Coklat dan diyakini 99% akan berhasil (tertakluk kepada syarat ditetapkan).

Jika anda belum ada asas pembuat coklat, boleh pelajarinya di sini!

****************************************************

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Coklat yang telah dicairkan.
  2. Badam cincang.
  3. Oreo yang telah dihancurkan.
  4. Nutella yang telah dimasukkan dalam piping bag.

 

Cara membuatnya:

  1. Campurkan Badam cincang dan Oreo hancur ke dalam coklat yang telah dicairkan. Kemudian, kacau bahan yang dicampur sehingga sebati.
  2. Masukkan coklat tersebut sedikit kedalam acuan dan buat kelongsong. Kemudian, sejukkan acuan selama 5 minit.
  3. Keluarkan acuan dari peti sejuk dan paipkan Nutella ke dalam kelongsong.
  4. Hentakkan acuan dan penuhkan acuan dengan lebihan coklat.
  5. Keraskan coklat dan sedia untuk dihidangkan.

Sampai disini sahaja perkongsian resipi pada kali ini. Selamat mencuba dan semoga berjaya. :)

—————————————————————————————————-

—————————————————–

Sertai komuniti Guru Coklat di Facebook untuk menerima update post terkini di Blog Guru Coklat!

LIKE Facebook Guru Coklat di SINI!

—————————————————–

—————————————————————————————————-


Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

32 thoughts on “Guru Coklat Oreo & Peanut with Nutella

  1. Tengok macam sedap je…rasa nak cuba, mana tau laris untuk dijual..tapi bgm nak cari acuan coklat yang menampakkan hasil coklat yang cantik dan menyelerakan?

    1. Untuk buat homemade coklat ni, coklat Compound/Couverture menjadi pilihan. Untuk coklat Compound jenama coklat yang saya rekemen ialah Beryls (Mungkin ada jenama lain yang lebih sedap.). :)

    1. Yup! Tp pilihan coklat di tangan pengguna sendiri. Kalau cita rasa lebih ke Beryls, teruskan membuat coklat menggunakan coklat Beryls dan cari kaedah penghantaran pos yang sesuai untuk coklat Beryls.

      Saya sendiri pun gunakan coklat Beryls. Cara penghantaran pos, saya balut kotak coklat dengan sesuatu yang tebal seperti polifoam. Kemudian, baru balut dengan kertas minyak. So far, tiada masalah coklat cair. :)

  2. saya nak tanya. knp bila sy gunakan coklat brand Tropica, bila campur colour, dia cepat sangat mengeras? tidak seperti brand Beryls?Ada penjelasan?

    1. Maaf ye. Saya tak pernah gunakan coklat brand Tropica. Tapi coklat tersebut mudah keras mungkin disebabkan kandungan gula yang tinggi. :)

  3. salam…sy ni br nk try wat coklat ni… tp 1 soalan yg nk tny sy bminat utk wat niaga coklat ni secare kecil2an… kalo cstmer nk srh poskn coklat tu bgaimne xnk bg coklat tu cair ea.. sy gne coklat jename beryls….

    1. Wslm. Terima kasih kerana ajukan soalan tersebut. Kalau untuk pos, balut dahulu kotak coklat tersebut dengan sesuatu yang tebal seperti polifoam dan sebagainya.
      Tapi nasihat saya, sebelum pos kepada pelanggan elok juga jika Amy membuat cubaan untuk poskan coklat tersebut kepada rakan-rakan dahulu.
      Jika coklat tersebut tiada masalah selepas rakan Amy terima, boleh mulakan untuk pos kepada pelanggan. :)

  4. salam,
    guru..nak tnya camna nak kuarkan coklat lps di sejukan dlm fridge..kena ketuk or tekan atas coklat tu..
    1st time sy buat tu..coklat sy nampak hodoh x selincin yg tuan guru buat..

    1. Wslm.
      Cara keluarkan coklat boleh ketuk atau tekan atas acuan coklat tersebut. Kalau nak mudah keluarkan coklat dari acuan, biarkan coklat berada lama sedikit dalam peti sejuk. Bila coklat semakin keras dan ada ruang udara pada bahagian bawah acuan coklat, coklat tersebut akan mudah dikeluarkan.

      Untuk menghasilkan coklat yang mempunyai permukaan yang cantik, cara penjagaan acuan juga perlu di pertimbangkan. Untuk penyimpanan acuan dalam masa yang singkat, bersihkan sahaja acuan coklat dengan lap permukaan bahagian dalam acuan dengan kain yang bersih. Untuk penyimpanan yang lama, baru cuci acuan menggunakan air. :)

  5. Salam,

    Guru..nk tny..coklat compound yang digunakan tu jenis dark coklat or milk coklat atau campuran milk and dark coklat…

    1. Wslm. Coklat Colatta bagi saya ok. Cukup rasa. Tapi bergantung juga pada cita rasa seseorang tersebut, Seperti saya, saya lebih suka coklat Beryl’s. :)

  6. salam guru, saye baru nak try buat coklat mana yg lebih bagus pake coklat couvoture or commpound? white coklat same x dgn milk coklat? tq

    1. Wslm. Coklat Couverture lebih sedap berbanding coklat Compound. Tapi bergantung juga pada jenama. :)
      White coklat tidak sama dengan milk coklat. :)

    1. Wslm. Kalau caranya betul, tiada masalah untuk keraskan coklat tersebut. Seperti biasa, keraskan didalam peti sejuk. :)

  7. Asslm Guru coklat,

    sy nk tnya,apakah kegunaan cocoa butter?
    mcmna kita nk coklat kita tidak terlampau keras dan supaya ia nmpk berkilat? blh bg tips x?

    1. Wslm.
      Cocoa butter ini biasa orang gunakan untuk pengkristalan awal coklat Couverture.
      Secara asasnya saya boleh terangkan cocoa butter ini membuatkan coklat menjadi lebih lembut dan mudah cair bila berada di dalam mulut. :)

      Coklat apa yang digunakan? Jika menggunakan coklat Compound atau coklat Couverture, masalah tersebut jarang-jarang berlaku.
      Jika guna coklat masakan, ada kemungkinan ianya akan berlaku. :)

      Jika menggunakan coklat Compound/Couverture, pastikan coklat tersebut tidak terkena air.
      Dan pastikan coklat tersebut benar-benar cair sebelum dimasukkan kedalam acuan dan dikeraskan semula. :)

    1. klau abng buat coklat kan,tak kirelah abg Khai buat coklat ape pun,abg gune coklat ape ekk?coklat ape yg pling sesuai untk buat coklat?

  8. bgam cara mendapt warna coklat tu tdalk hitam pekat apakah dicmpr susu..?tapi apakah tdk merusak testur coklatnya krn susu mengandung air tlng beri penjelasan ye?

    1. Sebenarnya untuk resepi ini saya letak ikut sesedap rasa. Saya sukakan kekacang, jadi saya letak lebih kekacang. :)
      Walaubagaimanapun, mungkin saya boleh cadangkan untuk 1 Kg Coklat, guna 200 g badam, 1 peket biskut oreo dan 5 sudu besar Nutella. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge