Skip to main content

Guru Coklat Peanut Butter Almond Crunchy

Assalamualaikum semua pembaca resipi di Blog Guru Coklat.

Kali ini Khai ingin berkongsi lagi ilham resipi coklat buatan tangan.

Resipi kali ini diberi nama Guru Coklat Peanut Butter Almond Crunchy.

Resipi ini gabungan coklat Truffle(Coklat berintikan Soft-filling atau Ganache) dan Praline(Coklat berintikan nut) di mana pada isi tengah coklat tersebut saya menggabungkan Badam dan Soft-filling Peanut Butter.

Coklat ini ada 3 lapisan. Lapisan yang paling luar ialah coklat Compound/Couverture. Lapisan kedua ialah inti gabungan Peanut Butter dan Badam. Lapisan terakhir ialah lapisan Cornflakes yang dikisar dan disalut dengan coklat.

Rasa coklat ini ada rasa pahit-pahit peanut butter, manis berkrim coklat, dan rangup-rangup cornflakes dan badam. Sangat sedap rasanya. 🙂

—————————————————————————————————————————-

Perhatian : Pastikan anda sudah mempunyai pengetahuan asas tentang cara membuat coklat buatan tangan sebelum mencuba resipi ini. Ditakuti ada istilah yang tidak dapat difahami. 🙂

—————————————————————————————————————————–

Baiklah.

Bahan – bahannya ialah :

  1. Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan.
  2. Badam.
  3. Peanut butter.
  4. Cornflakes yang telah dikisar.
  5. Acuan coklat.
  6. Berus mewarna/stik.

 

Cara – caranya ialah :

  1. Masukkan coklat Compound/Couverture yang telah cair kedalam acuan coklat sehingga memenuhi 1/3 ruang didalam acuan coklat.
  2. Ratakan 1/3 coklat tadi sehingga memenuhi permukaan ruang dalam acuan tadi dengan menggunakan berus mewarna/stik. (Dibahagian ini akan terhasil kelongsong coklat.)
  3. Masukkan sedikit inti peanut butter ke dalam kelongsong coklat tadi. (Boleh menggunakan sudu atau piping bag.)
  4. Kemudian, masukkan pula badam kedalam peanut butter tadi.
  5. Tuangkan semula coklat yang telah cair sehingga memenuhi 2/3 acuan.
  6. Hentakkan acuan sehingga memenuhi ruangan bawah acuan.
  7. Taburkan Cornflakes yang telah dikisar ke atas permukaan coklat.
  8. Tuangkan lagi coklat yang telah cair kedalam acuan sehingga memenuhi acuan.
  9. Hentakkan acuan semula.
  10. Ratakan permukaan coklat dengan menggunakan perata.
  11. Masukkan acuan coklat kedalam peti sejuk selama beberapa minit.
  12. Keluarkan acuan dari peti sejuk, dan keluarkan coklat dari acuan.
  13. Sedia untuk dihidangkan. 🙂

 

Selamat Mencuba. 🙂

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

10 thoughts on “Guru Coklat Peanut Butter Almond Crunchy

  1. saya ada terima 1 resepi coklat yang mana pes kacang hazel dicampur dengan coklat kompaun untuk mendapatkan rasa coklat yang lebih sedap lg. tetapi masalah yang sy hadapi ialah selepas coklat dikeluarkan dr peti sejuk coklat tersebut mudah cair dan menyukarkan sy untuk membungkus. apa yang perlu sy buat..

    1. Mungkin pes kacang hazel tersebut yang menyebabkan coklat tersebut mudah cair. Cuba kurangkan kuantiti pes kacang hazel tersebut. Pastikan juga cara membuat coklat menggunakan coklat compound tersebut juga betul. 🙂

Leave a Reply