Skip to main content

Kenali Kuasa Visual

Lapar pula tengok gambar kek ini. LIKE siapa yang rasa lapar lihat gambar kek dari Rita’s Brownies ini. 🙂

Bila kita lihat gambar kek yang cantik sebegini, kita akan rasa seperti mahu mendapatkan kek tersebut. Setuju tak apa yang saya katakan ini?

Jika setuju, penjelasan daripada perkara ini ialah anda sedang menghadapi kesan daripada “Kuasa Visual“. 🙂

 

Apakah itu Kuasa Visual?

Kuasa visual ialah sesuatu kesan yang dapat mempengaruhi emosi seseorang apabila seseorang tersebut terlihat sesuatu benda/perkara.

Contoh ialah seperti kita lihat kek ini. Apabila kita lihat kek ini, kita akan rasa lapar dan nak dapatkan kek tersebut. Itulah ia kesan terhadap emosi kita daripada melihat gambar kek ini.

Dalam konteks keusahawanan, gambar yang jelas dan cantik dapat meningkatkan keuntungan. 🙂

 

Bagaimana kuasa visual membantu meningkat keuntungan seseorang usahawan?

 

#1. Mempengaruhi emosi bakal pelanggan.

Contoh, apabila seseorang melihat gambar kek ini, seseorang akan terasa ingin mendapatkannya.

 

#2. Meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan.

Gambar yang cantik dan jelas mencerminkan dedikasi seseorang usahawan. Dalam erti kata lain, lebih nampak professional dan boleh dipercayai.

 

#3. Menarik perhatian bakal pelanggan.

Pernah tak kita pergi ke kedai makan dan melihat menu makanan. Kemudian, kita terlihat satu gambar makanan yang menarik dan nampak sedap. Dan gambar tersebut mendorong kita untuk membeli makanan tersebut tanpa lihat pada menu yang lain.

Sebenarnya, perkara yang berlaku ialah perhatian kita telah tertarik pada gambar tersebut. 🙂

 

***

 

Kesimpulannya, buat usahawan-usahawan dan juga bakal usahawan, jangan ambil ringan tentang gambar produk yang akan kita paparkan pada bakal pembeli. Mungkin ianya perkara yang remeh, tetapi akan memberi kesan yang tinggi pada perniagaan kita. 🙂

 

***

 

Moga perkongsian tentang “Kuasa Visual” memberi manfaat kepada semua. 🙂

 

Kepada yang telah ada perniagaan coklat, sudi-sudilah untuk kongsikan gambar coklat terbaik anda dengan kami. InsyaAllah kami akan bantu anda memperluaskan perniagaan anda. 🙂

 

P/S: Kepada yang berminat untuk belajar asas membuat coklat dan memulakan perniagaan coklat, dijemput untuk membaca Panduan Buat Coklat GC di GuruCoklat.com

🙂

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

Leave a Reply