
Masalah yang sering berlaku kepada pembuat coklat yang masih baru iaitu menghadapi masalah coklat berpeluh. Coklat berpeluh ini kadang-kadang memberi kesan buruk kepada coklat di mana coklat tersebut akan rasa melekit dan boleh menyebabkan juga perubahan rasa. Dari pemerhatian saya di Facebook Fanpage Guru Coklat, ramai juga yang bertanya sebab coklat mereka berpeluh?
Dalam post kali ini saya akan terangkan faktor coklat berpeluh dan cara menanganinya.
Faktor coklat menjadi berpeluh
Coklat berpeluh disebabkan berlakunya proses kondensasi pada coklat. Di persekitaran suhu bilik terdapat wap air. Jika berlaku sentuhan antara wap air dan permukaan yang sejuk (coklat yang baru dikeluarkan dari peti sejuk), wap air tersebut akan dikondensasikan ke cecair. Begitulah sedikit penerangan bagaimana proses kondensasi berlaku pada coklat.
Cara menangani masalah coklat berpeluh
Terdapat 2 cara yang boleh digunakan dalam menangani masalah coklat berpeluh.
- Simpan coklat didalam bekas yang kedap udara sebelum disimpan didalam peti sejuk dan biarkan coklat didalam bekas kedap udara selama beberapa minit (selepas proses kondensasi selesai) di suhu bilik sebelum keluarkan coklat dari bekas tersebut.
- Balut coklat dengan kertas aluminium (seperti cara pembungkusan coklat yang digunakan Cadbury) sebelum simpan coklat dalam peti sejuk.
Sampai disini sahaja perkongsian ilmu saya berkenaan coklat pada kali ini. Moga perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.









Terima tips terbaru dari Guru Coklat terus ke emel anda! Masukkan emel anda disini: 
Kenapa coklat berpeluh setelah di keluarkan dari acuan setelah dikeluarkan dari peti sejuk. Bagaimana hendak mengatasi atau ada cara yang terbaik untuk mengatasinya?
Ok. Boleh cuba cara ini.
Semasa proses mengeraskan coklat dalam acuan, jangan keraskan di tempat terlalu sejuk seperti di freezer dan sebagainya. Kalau sebelum ini keraskan coklat di bahagian bawah peti sejuk dan coklat berpeluh, kurangkan suhu dalam peti sejuk tersebut.
Simpan di tempat yang terlalu sejuk akan meningkatkan kadar coklat dari berpeluh selepas dikeluarkan dari acuan.
Cikgu,
Saya usahawan coklat buatan tangan, masalah sy ialah apabila saya berniaga di karnival limit utk produk saya hanya 5-6 jam sahaja kerana selepas tempoh itu coklat akan mula lembik dan paling teruk coklat akan mencair. Cikgu ada rahsia untuk kekalkan coklat dalam masa yg lebih panjang tak? pemerhatian saya mendapati coklat putih lebih tahan lama dan susah cair…
Faktor cuaca memainkan peranan penting juga untuk memastikan coklat berada dalam keadaan baik.
Coklat akan mudah cair bila cuaca sangat panas.
Coklat putih pula sukar cair disebabkan kandungan utama yang digunakan dalam coklat putih tersebut iaitu gula dan tenusu. Jadi, coklat coklat putih akan jadi sukar untuk cair.
Tetapi, jika coklat putih tersebut mengandungi cocoa butter, ianya akan mudah cair seperti coklat biasa.
Jadi, penyelesaian kepada masalah ini, cari tempat sesuai untuk menjual coklat seperti booth yang berada dibawah penghawa dingin supaya dapat menjaga kualiti coklat tersebut.
Cikgu,
Utk tempahan coklat lebih dari 500 biji..bila pulak boleh mula membuatnya? sebab ambil masa yang panjang, 3 atau 4 hari keep in fridge tak berpeluh ke? Especially lollichoc yg dah siap bungkus plastik..Utk penghantaran pulak..ada tak special container yg boleh digunakan agar coklat tdk mudah cair/soft setibanya ke destinasi
Untuk 500 biji, bila-bila ada masa boleh buat. Jangan simpan dalam peti sejuk. Cukup sekadar simpan pada suhu bilik dan dalam bungkusan yang kedap udara.
Untuk penghantaran pula, saya cadangkan guna polifoam box. Tp elok juga buat trial & error tentang penghantaran ni.
Saya masih baru dalam membuat coklat ini.
Masalah saya, bila coklat boleh dimasukkan ke dalam kotak (packing) e.g die cut box? adakah cukup dibiarkan kering semlman atau perlu disimpan dlm bekas kedap udara berhari2 baru boleh dipacking?
Harap Guru Coklat boleh bantu.
TQ.
Selepas siap terus boleh dipakejkan.
saya pun dah tension lah coklat yg saya buat asik bplh aje….help3
Akak dah cuba cara yang diterangkan?
salam
saya nak tanya selepas coklat dikeluarkan daripada peti sejuk, berapa jam masa yang diperlukan untuk coklat tersebut berada di dalam suhu bilik sebelum di packing. terima kasih atas bantuan guru
Wslm. Sehingga kita lihat bekas coklat habis berpeluh.
Salam,
saya nak tanya, bolehkah kita masukkan kedalam bekas (packing) coklat yang sedang berpeluh? Terima kasih atas nasihat guru.
Wslm. Elakkan dari masukkan coklat dalam bekas semasa coklat tersebut berpeluh. Lap dahulu coklat tersebut.
As Salam…
Nak tahu ade cara spesifik ke utk cairkan coklat putih? kenapa ada batch yg saya cairkan, die x mo cair..ade yg likat pekat..susah nak masuk dalam mould..
ke kena tambah sesuatu kat coklat putih tu…sya guna white compound beryl’s
Wslm. Antara salah faktor-faktor coklat putih tersebut jadi begitu ialah:
1. Terlalu lama terdedah pada udara.
2. Terkena air.
Kenapa coklat tak boleh terdedah terlalu lama pada udara?
Udara kita ini mengandungi wap air. Tetapi wap air tersebut dalam bentuk molekul yang kecil.
Bila kita biarkan coklat terdedah terlalu lama pada udara, sebenarnya coklat tersebut telah dicemari oleh wap air.
Coklat tak boleh terkena air. Pastikan pewarna yang kita gunakan ialah dari jenis minyak (oil base), bukan jenis air.
masalah saya sama seperti izza. coklat putih sgt susah untuk cair. saya nak tanya. coklat yg telah dibukak plasticnya sikit. cara penyimpanan yg betul mcm mana? simpan dlm peti ais ke?
Simpan dalam bekas kedap udara. Boleh disimpan dalam peti sejuk atau suhu bilik.
salam,nak tahu kenapa coklat yang saya masak jadi pekat dan berpasir…saya guna coklat beryl’s(milk compound)
Wslm. Besar kemungkinan coklat tersebut telah terkena air.
Jangan dibuang. Jadikan ia ganache (inti coklat).
Salam..saya dah buat dlm 500 biji coklat utk digunakan minggu dpn, semua coklat saya letak dlm tupperware dan simpan di peti sejuk. Lepas tbaca tips ni, perlukan saya keluarkan semula coklat2 tu dr peti sejuk dan biarkan saja pada suhu bilik agar coklat tidak berpeluh dan tdk mencair bg tempoh seminggu.
Wslm. Saya cadangkan bekas coklat tersebut dikeluarkan dari peti sejuk sehari sebelum dipekkan. Dan biarkan bekas tersebut berpeluh pada suhu bilik.
Salam wr.t , boleh tak sekiranya saya meletakkan kedua2 jenis coklat couverture dan compound pada suhu 14-16 darjah celsius chiller ?
Wslm. Untuk penyimpanan, boleh sahaja. Perbezaan coklat Couverture dan Compound ialah pada cara mencairkannya sahaja.
slm..sy nk tanya coklat yg siap mmg perlu dibekukan dlm peti sejuk ker..bahagian bwh or sejuk beku atas…
Wslm. Ya. Perlu dikeraskan. Simpan dibahagian bawah. Bukan bahagian sejuk beku (freezer).