cadbury-chocolate

Perbezaan Antara Coklat Compound dan Couverture

Ramai juga yang bertanyakan pada saya tentang perbezaan antara coklat Compound dan Couverture. Ada juga yang salah faham dan menganggap coklat Compound dan Couverture ini sama dengan coklat Masakan. Apa yang boleh saya katakan, coklat Compound/Couverture dan coklat Masakan ialah berbeza dan coklat masakan kurang sesuai untuk dijadikan coklat buatan tangan.

Perbezaan antara coklat Compound dan Couverture

Terdapat 3 aspek yang boleh kita lihat untuk mengetahui perbezaan antara coklat Compound dan Couverture.

Aspek Kandungan

  • Bahan utama yang terdapat dalam coklat Compound ialah lemak sayur.
  • Bahan utama yang terdapat dalam coklat Couverture pula lemak koko (cocoa butter).

Aspek Kestabilan

  • Coklat Compound mudah untuk mencapai kestabilan pada suhu bilik (tidak cair pada suhu bilik).
  • Coklat Couverture pula memerlukan proses tempering yang betul untuk mencapai suhu yang stabil. (Teknik tempering yang tidak tepat akan menyebabkan coklat mudah cair pada suhu bilik)

Aspek Rasa

  • Jika memakan coklat Compound, akan rasa sedikit kehausan di tekak.
  • Coklat Couverture pula mudah cair dan lembut di tekak (tidak rasa haus seperti coklat Cadbury).
Ok. Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Moga perkongsian yang tidak seberapa dari saya ini memberi manfaat kepada pembaca. :)
Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

5 thoughts on “Perbezaan Antara Coklat Compound dan Couverture

    1. Bentuk sama seperti coklat Compound dan juga cooking chocolate. Cuma diplastiknya ada tertulis coklat Couverture (tulen)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge