Skip to main content

Rahsia Kami Dapat Projek Buat 10,400 Biji Coklat Untuk 1 Majlis Kahwin Terbesar di Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada bulan April yang lepas, kami telah berjaya mencipta kejayaan dengan menghasilkan 10,400 biji coklat untuk 5000 orang tetamu 1 majlis kahwin terbesar di Malaysia.

Inilah salah satu doorgift coklat kami buat untuk majlis kahwin tersebut. 🙂

Ini satu kejayaan yang besar bagi kami kerana kami cuma bisnes kecil sahaja. 🙂

 

Bagaimana kami boleh dapat projek 10,400 biji coklat ini?

#1. Kena Pandai Runding

Nak runding pun tak susah.

Berdasarkan pengalaman kami, pihak penganjur majlis akan suka kalau kita dapat tawarkan harga mengikut bajet mereka. Kalau dapat beri sponsor, lagi mereka suka. 🙂

Macam kami, 200 pcs (4 biji coklat per pc) untuk VIP, kami sponsor.

4,800 pcs (2 biji coklat per pc) lagi pihak penganjur bayar.

Jumlah jualan RM4,000+. Dapatlah kami untung RM2,000+. 🙂

 

#2. Kena Pandai Rancang Kos

 

Kita tahu pihak penganjur pasti nak harga yang murah.

Jadi, kita perlu rancang kos serendah mungkin.

Kita potong apa-apa perkara sampingan seperti reben dan sebagainya.

 

Macam kami, kami gunakan stiker sahaja. 🙂

 

Stiker tu kita design cantik-cantik. Jadi, tak perlu letak reben dan sebagainya.

Nak buat pun cepat dan tak rumit. 🙂

Kalau tak reti design sendiri, upah orang. Kos dalam RM50-RM250. 🙂

 

Penting! Walaupun kita nak cut cost, janganlah kita gunakan coklat yang tak berkualiti.

Ianya akan menghasilkan coklat yang tak sedap dan akan menjatuhkan kredibiliti kita.

Tambah malang lagi, kalau coklat tu memberi masalah kepada kita semasa pembuatan seperti susah nak cair dan sebagainya.

Elok-elok nak jimat, terus kena tambah kos beli coklat lain. 🙂

Ini gambar bungkusan coklat kami. Tak ada reben pun. Kos cuma RM0.07 per stiker. 🙂

 

#3. Kena Dapatkan Kepercayaan Pihak Penganjur

Nak berniaga, kena dapatkan kepercayaan pelanggan.

Dalam kes ini, pihak penganjur majlis tersebut ialah pelanggan kita.

Kita kena dapatkan kepercayaan pihak penganjur untuk dapat projek buat coklat ini. 🙂

 

 

Nak dapatkan kepercayaan pun mudah sahaja. 🙂

Belajar buat coklat (senang je) dan mula bina portfolio.

 

Bagaimana nak bina portfolio?

Bermula dengan buat projek kecil-kecilan dahulu.

Tangkap gambar dan kongsikan di Facebook, Instagram dan sebagainya. 🙂

 

Itu sahaja. 🙂

 

Sebenarnya panjang lagi kalau nak cerita.

 

Jadi, kami kongsikan dalam ebook setebal 30 muka surat ini.

Boleh muatturun preview ebook Rahsia Projek Mega Wedding dibawah:

 

Preview Dapatkan Versi Penuh. RM30 Sahaja

 

Ebook versi penuh akan dapat:

  • Maklumat Lengkap Cara Kami Menang Rundingan
  • Persediaan Sebelum Membuat Keputusan Dapatkan Projek Coklat
  • Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Disediakan
  • Perancangan Untuk Siapkan Coklat Dengan Mudah Dalam Masa Yang Ditetapkan

 

BONUS

  •  Dokumen Surat Perjanjian yang kami gunakan – dalam format word (boleh rujuk dan ubah ikut kesesuaian)
  •  Fail senarai barangan yang perlu dibeli dan juga kiraan kos – dalam format excel (boleh rujuk dan catat)
  •  Design stiker tanpa logo kami (boleh ubah dan letak logo, jenama dan nombor telefon perniagaan sendiri)

 

PERCUMA

  • Video Tutorial Cara Buat Coklat Untuk Mega Wedding

 

Harga cuma RM30 sahaja. 🙂

Berminat? Boleh dapatkan melalui pautan dibawah:

 

Dapatkan Versi Penuh. RM30 Sahaja

 

 

 

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

Leave a Reply