Kebiasaan pada bulan Ramadhan, ada beraneka juadah dijual di bazar Ramadhan. Tidak terkecuali juga biskut raya. :)

Pada artikel sebelum ini, saya telah kupaskan tentang potensi perniagaan biskut raya berasaskan coklat di bulan Ramadhan. Artikel kali ini, saya nak lemparkan idea serta strategi untuk meningkatkan jualan coklat anda disamping menguasai pasaran coklat di kawasan anda.

 

Idea

 

#1. Buat biskut raya berasaskan coklat

Biskut Cornflakes Coklat

Dalam artikel sebelum ini, saya telah kupaskan tentang potensi untuk berniaga biskut raya berasaskan coklat. Jika anda telah membaca artikel tersebut pasti anda mengetahui betapa berpotensinya untuk menjual biskut jenis tersebut pada bulan Ramadhan. :)

Saya tidak galakkan anda untuk menjual jenis coklat yang biasa anda jual pada hari biasa kerana biskut raya telah menjadi tradisi untuk orang beli dan hidangkan pada hari raya. :)

Senarai biskut raya berasaskan coklatyang boleh anda buat:

  1. Almond London
  2. Tart coklat
  3. Cornflakes coklat
  4. Biskut chocolate chip
  5. Biskut Koko Crunch

Kalau anda kreatif, mungkin boleh cipta resipi baru dari resipi biskut raya sedia ada tetapi masukkan unsur coklat dalam biskut tersebut. Sebagai contoh kuih Tart. Pada asalnya kuih Tart ini kita tahu memang berintikan nenas. Tetapi sekarang sudah ada kuih Tart yang beintikan coklat hasil kreativiti manusia. :)

 

#2. Aplikasikan ilmu asas pembuatan coklat yang anda tahu ke dalam biskut anda

Coklat Cadbury

Kalau anda telah mempelajari asas membuat coklat, ini ialah peluang anda untuk mengatasi pesaing anda. Aplikasikan ilmu asas pembuatan coklat yang anda tahu ke dalam biskut jenama anda.

Sebagai contoh, biskut Almond London. Kebiasaan orang menggunakan coklat Masakan untuk disalut bersama biskut. Kita pun tahu bahawa rasa coklat masakan tidaklah sesedap coklat Cadbury dan sebagainya. Dan coklat Cadbury pula merupakan coklat jenis Couverture (coklat tulen) yang mana kita perlu mengaplikasikan teknik yang betul dalam penggunaan coklat tersebut untuk mengelakkan masalah ketidakstabilan kandungan dalam coklat tersebut.

Jadi, anda yang telah mengetahui asas pembuatan coklat ini berpeluang besar dalam mengatasi pesaing anda dengan menghasilkan biskut yang menggunakan coklat yang lebih sedap berbanding mereka. :)

*************************************************************************************

Berminat nak belajar asas pembuatan coklat dan mengatasi pesaing anda? KLIK SINI!

*************************************************************************************

 

#3. Cipta revolusi baru dalam pembuatan biskut raya berasaskan coklat

Luxury Almond London Praline

Luxury Almond London Praline

Revolusi yang saya maksudkan ini bukanlah membuat sesuatu perubahan yang terlalu besar. Cuma tingkatkannya kepada 1 lagi peringkat.

Sebagai contoh, saya telah mencipta revolusi baru dalam pembuatan biskut Almond London yang mana saya telah mempertingkatkan lagi bahan dalam pembuatan biskut tersebut seperti kekacang dan coklat supaya dapat menjadi sesuatu yang lebih memuaskan berbanding sebelum ini.

Cuba resipi terbaru revolusi dari biskut Almond London iaitu Luxury Almond London Praline. Resipi tersebut telah dikongsikan dalam GC Mag Edisi Ke 3. KLIK SINI untuk muatturun e-majalah tersebut. :)

 

Strategi

 

#1. Berikan sample biskut anda kepada orang ramai

Sample coklat

Sample itu penting terutama kalau biskut anda mempunyai rupa yang sama dengan resipi asal tetapi harga biskut anda sedikit tinggi kerana ingin menampung jumlah kos.

Contoh, anda membuat biskut Almond London. Rupa Almond London yang anda buat sama seperti pesaing lain. Yang membezakannya ialah coklat yang anda gunakan. Mungkin pesaing lain menggunakan coklat masakan, tetapi anda menggunakan coklat Couverture yang mana sudah pastinya mempunyai rasa yang lebih sedap.

90% bakal pelanggan tidak mahu tahu coklat apa yang anda gunakan dan kurang tertarik dengan kata-kata. Mereka lebih percayakan lidah mereka. Jadi, beri mereka rasa. Jika biskut yang anda buat sedap di lidah mereka, saya jamin mereka akan membelinya.

Jangan lupa juga untuk sertakan sekali maklumat untuk menghubungi anda pada sample tersebut supaya pelanggan yang tertarik dengan biskut anda akan dapat menghubungi anda. :)

 

#2. Tawarkan sesuatu yang istimewa pada minggu-minggu terakhir Ramadhan

Kad Raya

Minggu-minggu terakhir Ramadhan biasanya orang akan mencari-cari biskut raya. Dan pada masa ini memang persaingan sangat tinggi yang mana usahawan-usahawan lain mula menawarkan sesuatu yang istimewa untuk setiap pembelian produk mereka.

Jadi, disamping kelebihan anda menghasilkan biskut yang lebih sedap dari pesaing anda, anda juga boleh tawarkan sesuatu yang istimewa untuk bakal pembeli biskut anda seperti pemberian 1 balang percuma untuk setiap pembelian dan sebagainya. Mungkin juga anda boleh jadikan Kad Raya sebagai hadiah istimewa kepada pelanggan anda.

Cara lain, mungkin anda boleh buat pakej biskut raya yang mana dalam pakej tersebut mengandungi beraneka biskut raya yang anda hasilkan. Tawarkan juga harga istimewa untuk pakej biskut tersebut. Mungkin jimat RM100 jika beli 1 pakej berbanding beli satu satu jenis biskut.

Gunakan kreativiti anda dalam membuat tawaran kepada bakal pelanggan. Yang penting pastikan tawaran tersebut tidak merugikan pihak anda. :)

 

#3. Tampakkan kelainan dari segi rasa dan rupa

Kelainan pada bekas biskut

Seperti saya terangkan sebelum ini, anda boleh berikan sedikit sentuhan unik dalam pembuatan biskut raya anda iaitu dengan menggunakan coklat yang lebih berkualiti berbanding coklat yang digunakan pesaing anda. Sebagai contoh, anda salut biskut Almond London jenama anda menggunakan coklat Couverture yang mana ianya jauh lebih sedap berbanding coklat masakan yang kebiasaannya digunakan pesaing. :)

Untuk kelainan dari segi rupa pula, saya cadangkan untuk anda titik beratkan hiasan pada bekas coklat tersebut menjadi lebih menarik dan unik berbanding bekas coklat yang digunakan pesaing anda.

Kalau anda ada buka gerai di bazar Ramadhan, jalan TAR dan sebagainya, lakukan kelainan pada gerai anda. Mungkin anda boleh pasang banner atau kenakan warna-warna yang terang pada gerai anda. Yang penting ada kelainan supaya bakal pelanggan lebih mudah tertarik untuk ke gerai anda berbanding pesaing anda. :)

 

#4. Paparkan jenama anda

Biskut berjenama

Berdasarkan pemerhatian saya, bakal pelanggan lebih tertarik kepada produk yang mempunyai jenama berbanding yang tidak berjenama kerana lebih mendapat kepercayaan mereka dan kelihatan lebih professional.

Jadi, jangan malu untuk paparkan jenama anda pada bekas biskut raya dan gerai anda. :)

Jika belum ada jenama, cepat-cepat fikirkan jenama untuk biskut raya jenama anda. Mana tahu bulan Ramadhan tahun depan akan ada pelanggan yang mencari biskut raya jenama anda. :)

 

Kesimpulannya, cari idea untuk menghasilkan biskut raya berasaskan coklat yang unik, aplikasikan ilmu pengetahuan asas pembuatan coklat dalam mencipta revolusi baru pembuatan biskut raya berasaskan coklat dan atasi pesaing-pesaing anda. :)

Sampai disini sahaja perkongsian pada kali ini. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. :)

Salam Ramadhan dan Salam Kejayaan kepada anda. :)

 

P/S/KLIK SINI untuk pelajari cara membuat coklat yang mendapat PERMINTAAN RAMAI dengan MUDAH dan kos yang SANGAT RENDAH!






Be Sociable, Share!