Resipi: Philadelphia Chocolate Almond Pop Cake

Bahan-bahannya:

  1. Coklat Couverture/Compound (250 g)
  2. Kek span (500 g)
  3. Kekacang
  4. Gula hiasan
  5. Philadelphia cheese (1/4 dari 250 g)

Cara-caranya:

  1. Carikkan kek span kepada beberapa cebisan kecil.
  2. Campurkan kekacang bersama kek span.
  3. Campurkan cheese bersama kek span dan gaul sehingga sebati. Jadikan dalam bentuk doh.
  4. Ambil doh tadi dan jadikan dalam bentuk bulat yang kecil.
  5. Sejukkan didalam peti sejuk. Sementara itu, masukkan coklat kedalam periuk aluminium yang diletak dibawah wap air panas.
  6. Cairkan coklat sehingga betul-betul cair (tiada ketulan coklat)
  7. Celupkan kek span kedalam coklat.
  8. Masukkan coklat yang telah siap kedalam mangkuk kertas.
  9. Hias dengan gula hiasan.

 

Troubleshoot:

  1. Jika doh yang dihasilkan mudah pecah, tambahkan lagi cheese.
Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *