resepi1

Siri Resepi GC: Hazelnut Volcano Truffle

Selamat datang ke Siri Resepi Guru Coklat.

Untuk siri ini kami akan kongsikan salah satu dari 20 resepi coklat dari ebook Resepi Guru Coklat (Resepi GC).

Ada 3 siri resepi yang akan dikongsikan secara Percuma iaitu:

  1. Resepi Hazelnut Volcano Truffle
  2. Resepi Sweet Flower Pastry with Ganache
  3. Resepi Trufel Cornflakes

 

Untuk perkongsian kali ini, kami akan kongsikan resepi yang pertama iaitu Hazelnut Volcano Truffle.

1

 

Coklat ini dibuat khas untuk penggemar coklat berkacang terutamanya kacang hazel.

Coklat ini mempunyai soft center (coklat tengah lembut) berperisa hazelnut dan digabung pula dengan kacang hazel. Tentunya menaikkan lagi aroma kacang hazel dalam coklat tersebut.

Peminat coklat kekacang hazel pasti akan menggemarinya. 🙂

 

Sesuai dihidangkan di Candy Bar majlis perkahwinan dan hari jadi. 🙂

 


 

Cara membuatnya mudah sahaja. Tapi lebih direkemen untuk yang telah menguasai asas pembuatan coklat. 🙂

 

Bahan-bahannya:

  1. 100 ml whipping cream (UHT)
  2. 100 g coklat compound susu
  3. 1/2 cawan butter
  4. 1/2 sudu teh perasa kacang hazel (pilihan)
  5. 200 g coklat gelap tulen (couverture) – Guna coklat Compound pun boleh. 🙂
  6. Kacang hazel
  7. Acuan coklat

 

Cara-caranya:

1. Campurkan perasa kacang hazel bersama krim dan kacaukan.
1. Campurkan perasa kacang hazel bersama krim dan kacaukan.
2. Panaskan krim dan campurkan dengan coklat susu yang telah dipotong nipis.
2. Panaskan krim dan campurkan dengan coklat susu yang telah dipotong nipis.
3. Kacau sehingga cair dan campurkan butter.
3. Kacau sehingga cair dan campurkan butter.
4. Kacau sehingga ke semua bahan tercampur sebati.
4. Kacau sehingga ke semua bahan tercampur sebati.
5. Siapkan kelongsong coklat dan paipkan Ganache ke dalam kelongsong.
5. Siapkan kelongsong coklat dan paipkan Ganache ke dalam kelongsong.
6. Kemudian, penuhkan acuan dengan coklat cair. Hentakkan acuan supaya coklat dapat memenuhi acuan.
6. Kemudian, penuhkan acuan dengan coklat cair. Hentakkan acuan supaya coklat dapat memenuhi acuan.
7. Sejukkan coklat sehingga keras dan keluarkan coklat dari acuan.
7. Sejukkan coklat sehingga keras dan keluarkan coklat dari acuan.
8. Panggang kacang hazel dalam oven selama 15 minit pada suhu 180oC.
8. Panggang kacang hazel dalam oven selama 15 minit pada suhu 180oC.
9. Paipkan Ganache diatas coklat.
9. Paipkan Ganache diatas coklat.
10. Letakkan kacang hazel diatas Ganache. Sedia untuk dihidangkan. ?
10. Letakkan kacang hazel diatas Ganache. Sedia untuk dihidangkan. :)

 


Nota:

  1. Untuk langkah (2), pastikan campuran dikacau dengan perlahan untuk elakkan udara memasuki coklat.
  2. Coklat yang terhasil dari langkah (1) – (4) dikenali sebagai Ganache.
  3. Untuk langkah (8), terbalikkan kacang hazel setiap 5 minit supaya terbakar sekata.
  4. Coklat yang telah siap harus disimpan didalam bekas kedap udara didalam peti sejuk. Tahan sehingga 14 hari.

 


 

Okay. Sampai disini sahaja untuk perkongsian kali ini.

Jangan lupa klik butang Share jika anda rasakan resepi untuk siri ini menarik. 🙂

Semoga berjaya. 🙂