Skip to main content

Siri Resepi GC: Sweet Flower Pastry with Ganache

Selamat datang ke Siri Resepi Guru Coklat untuk resepi yang ke 2. 🙂

Masih ingat lagi resepi pertama yang telah saya share sebelum ini?

Resepi Hazelnut Volcano Truffle?

Sudah cuba resepi tersebut?

Bagaimana? Menjadi tak? 🙂

Jika menjadi, sudi-sudilah share di Facebook Guru Coklat. 🙂

 


 

Jika anda baru pertama kali mengikuti Siri Resepi Guru Coklat ini dan belum mengikuti resepi yang pertama, boleh ikuti resepi tersebut di:

-> http://blog.gurucoklat.com/siri-resepi-gc-hazelnut-volcano-truffle/

 


 

Okay. Untuk resepi yang kedua dalam Siri Resepi Guru Coklat ini, saya akan share salah satu resepi coklat favourite dari ebook Resepi Guru Coklat (Resepi GC) iaitu…

 

Resepi Sweet Flower Pastry with Ganache

 

2

 

Resepi ini merupakan salah satu favourite dari pembaca ebook Resepi GC untuk dihidangkan diatas meja Candy Bar semasa majlis perkahwinan ataupun mana-mana jamuan. 🙂

Resepi ini ringkas sahaja nak buat. Bahan yang digunakan pun tak banyak dan mudah dicari. InsyaAllah sekali buat mesti jadi. 🙂

 


 

Okay. Anda mesti sudah tidak sabar untuk mengetahui cara membuatnya kan?

Baiklah. Ayuh ke dapur! 🙂

 


 

Bahan-bahannya:

  1. Kulit Popiah
  2. Gula
  3. Butter
  4. Acuan cupcake
  5. 100 ml Whipping Cream
  6. 100 g coklat susu compound
  7. Serbuk roti (sebagai hiasan)

 

Cara-caranya:

1. Potong kulit popiah mengikut saiz yang sesuai dengan acuan cupcake dan sapukan butter pada kedua belah permukaan kulit popiah. Kemudian, letakkan seperti dalam gambar dan taburkan sedikit gula.
1. Potong kulit popiah mengikut saiz yang sesuai dengan acuan cupcake dan sapukan butter pada kedua belah permukaan kulit popiah. Kemudian, letakkan seperti dalam gambar dan taburkan sedikit gula.
2. Ulang langkah (1) untuk lagi 2 helaian kulit popiah dan susun seperti dalam gambar.
2. Ulang langkah (1) untuk lagi 2 helaian kulit popiah dan susun seperti dalam gambar.
3. Tekan kulit popiah ke dalam acuan cupcake.
3. Tekan kulit popiah ke dalam acuan cupcake.
4. Ulang langkah (1) – (3) untuk ke semua lubang acuan.
4. Ulang langkah (1) – (3) untuk ke semua lubang acuan.
5. Bakar kulit popiah didalam oven yang bersuhu 220oC selama 15 minit atau sehingga berwarna keemasan.
5. Bakar kulit popiah didalam oven yang bersuhu 220ºC selama 15 minit atau sehingga berwarna keemasan.
6. Siapkan Ganache (mengikut langkah (2) – (4) dimukasurat (2) ). Kemudian, paipkan Ganache ke dalam pastry yang telah siap.
6. Siapkan Ganache (mengikut langkah (2) – (4) di Resepi Pertama). Kemudian, paipkan Ganache ke dalam pastry yang telah siap.
7. Taburkan serbuk roti sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.
7. Taburkan serbuk roti sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.

 


 

Nota:

1. Elakkan meletak kulit popia diruang yang berangin supaya kulit popia tidak kering dan mengeras.

2. Disarankan hidang dalam tempoh 4 jam. Selepas 4 jam kebiasaannya kulit popia akan lemau.

 


 

Okay. Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Sudi-sudilah mencuba. 🙂

Jika anda rasa resepi ini menarik, Jangan lupa klik butang Share. 🙂

Semoga berjaya! 🙂