Tentang Pengasas

Nama pengasas Guru Coklat dan Guru Coklat Mall ialah Khairul Akmal B. Ibrahim (Bergambar bersama ibu tersayang). Rakan – rakan beliau memanggilnya dengan nama Khairul atau Akmal. Ada juga yang memanggil dengan nama Khai sahaja. Dibesarkan selama 15 tahun di Kuala Lumpur dan kemudiannya telah berhijrah ke Semenyih, Selangor (Masih menetap di Semenyih, Selangor). Berusia 20 tahun (2011).

Masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam terkemuka di Malaysia dan sedang mengambil Ijazah Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi.

Mempunyai minat yang tinggi dalam pembuatan Handmade Chocolate/Homemade Chocolate/Coklat Buatan Tangan dan berazam untuk mempunyai empayar perniagaan coklat sendiri di Malaysia. Suka berkongsi ilmu dengan orang lain dan senang merasa bangga bila dapat membantu orang lain untuk berjaya.

Beliau telah menghasilkan ebook sendiri mengenai panduan membuat Handmade Chocolate. Ebook tersebut telah diberi nama Pakej Ebook Cara Membuat Handmade Chocolate dan ianya masih mendapat sambutan yang tinggi dari penggemar-penggemar coklat yang berminat untuk mempelajari cara membuat coklat dan seterusnya menjalankan perniagaan coklat mereka sendiri.

Pada mulanya, beliau hanya memasarkan ebook Cara Membuat Handmade Chocolate (COMPOUND) yang mana ianya mengandungi cara membuat Handmade Chocolate dengan menggunakan coklat jenis Compound sahaja. Kini, ianya dimuatkan juga dengan ebook Cara Membuat Handmade Chocolate (COUVERTURE) dan laman web Direktori Handmade Chocolate Malaysia Guru Coklat Mall yang mana laman web tersebut sedikit sebanyak dapat membantu pelajar yang mempelajari cara membuat coklat dari ebook tersebut untuk memasarkan coklat jenama mereka tanpa perlu bersusah payah untuk membuat laman web/blog khas untuk perniagaan Handmade Chocolate mereka.

Sebenarnya beliau sendiri masih baru dalam arena pembuatan Handmade Chocolate tetapi beliau mempunyai semangat juang yang tinggi dalam membina empayar perniagaan Handmade Chocolate beliau sendiri. Blog ini juga dibina untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu pembuatan Handmade Chocolate dan tips perniagaan yang ada dalam diri beliau kepada pembaca. Diharap blog ini dapat menjadi tempat rujukan resipi dan perniagaan Handmade Chocolate kepada peminat – peminat coklat diluar sana. :)

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge