6

Tips menguruskan masalah coklat rosak akibat terkena air

Apabila coklat terkena air, ada beberapa simptom akan kelihatan. Antaranya:

1) Coklat akan jadi seperti liat.
2) Permukaan coklat akan nampak seperti berpasir.
3) Ada bintik-bintik putih pada coklat (blooming)

Jika itu berlaku, jangan terus buang coklat tersebut.

Tetapi,

campurkan coklat tersebut dengan krim untuk dijadikan Ganache (inti coklat).

Boleh gunakan nisbah 1:1 atau 2:1 untuk coklat dan krim. Contoh: 200 g coklat, 100 g krim.

Jenis krim yang biasa digunakan ialah Heavy Whipping Cream. Ada dijual dikedai menjual peralatan membuat kek. 🙂

Sekian sahaja perkongsian pada pagi ini. Moga ianya memberi manfaat kepada semua. 🙂

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

2 thoughts on “Tips menguruskan masalah coklat rosak akibat terkena air

    1. Secara asasnya, coklat memang akan cair pada suhu yang tinggi. Mungkin ada bahan lain yang boleh digunakan untuk mengelakkan coklat dari cair dalam suhu yang panas. Tetapi tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan merubah rasa dan struktur coklat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *