online-offline-marketing-strategy

Tips Perniagaan Coklat – Jual Online Atau Offline? Mana lebih baik?

Persoalan yang sering bermain di fikiran usahawan coklat terutama yang baru nak bermula, “Bagaimana untuk memulakan perniagaan coklat?” dan “Medium apa yang sesuai untuk memulakan perniagaan coklat?“.

Adakah perniagaan coklat secara online lebih baik berbanding offline? Atau sebaliknya?

Persoalan sedemikian sering menjadi dilema usahawan-usahawan coklat yang baru hendak bermula sehingga ada yang terhenti setengah jalan dan berputus asa.

Sebenarnya, kedua-dua medium pemasaran sama ada Online atau Offline mempunyai Pros dan Kontra yang tersendiri. Jika kita lihat, ada banyak blog tentang perniagaan coklat dilahirkan di Malaysia setiap hari dan ada juga yang berjaya seperti pemilik blog Arah Chocolate yang mana kejayaan beliau dalam memasarkan coklat dengan menggunakan medium blog di internet telah menarik perhatian wartawan akhbar dan kisah kejayaan beliau telah ditulis diruangan akhbar terkenal seperti Kosmo, Harian Metro dan Berita Harian.

Tidak terkecuali juga syarikat-syarikat pengeluaran coklat yang besar seperti Cadbury, Vochelle dan Ferrero yang mana mereka telah menguasai pasaran coklat di Malaysia secara Offline.

Mengikut dari pemerhatian saya sejak saya mula berkecimpung dalam bidang perniagaan coklat ini, saya dapat lihat kedua-kedua medium pemasaran tersebut berpotensi untuk memberi impak yang besar dalam perniagaan.

 

Pemasaran coklat menggunakan medium Online

Kelebihan :

  1. Pasaran lebih meluas yang mana kita boleh memasarkan coklat kita keseluruh Malaysia mahu pun dunia.
  2. Kos pemasaran yang rendah dan hampir tiada.
  3. Berpotensi untuk mendapat pelanggan luar dari daerah tempat tinggal.
  4. Tiada tempoh terhad untuk menjual. Kita boleh menjual coklat selama 24jam/sehari.
  5. Boleh berkomunikasi dengan pelanggan secara jarak jauh.

Kekurangan :

  1. Terpaksa menghadapi risiko kerosakkan coklat semasa penghantaran menggunakan pos.
  2. Mengambil masa untuk mendapat kepercayaan pelanggan.
  3. Pelanggan tidak dapat merasa coklat kita secara terus.
  4. Persaingan yang tinggi dari usahawan coklat yang lain.
  5. Sukar untuk memperkenalkan coklat kepada bakal pelanggan.
  6. Pelanggan atau penjual perlu menanggung kos penghantaran pos.

 

Pemasaran coklat menggunakan medium Offline

Kelebihan :

  1. Berpotensi untuk menguasai pasaran coklat untuk sesuatu kawasan/daerah.
  2. Boleh berkomunikasi dengan bakal pelanggan secara bersemuka dan berpotensi besar untuk mendapat kepercayaan pelanggan dengan mudah.
  3. Pelanggan boleh merasa coklat kita secara terus.
  4. Dapat mengelak dari risiko coklat rosak/cair.
  5. Mengurangkan kos dari segi pembungkusan coklat. Tidak perlu untuk membeli kertas minyak dan sebagainya yang digunakan untuk pos coklat jika menggunakan pemasaran Online.
  6. Pelanggan dan penjual tidak perlu menanggung kos penghantaran pos.

Kekurangan :

  1. Pasaran terhad pada satu-satu daerah sahaja.
  2. Kos yang tinggi untuk pengiklanan seperti kos membuat banner, kad perniagaan dan sebagainya.
  3. Perlu menanggung kos tapak kedai (Jika ada).
  4. Tempoh menjual coklat hanya pada masa tertentu sahaja. (Bukan 24 jam).

 

Kesimpulannya, kita dapat lihat kedua-dua medium pemasaran tersebut ada kebaikkan dan keburukkannya tersendiri. Apa akan terjadi jika kita menggabungkan kedua-dua medium tersebut? Pastinya akan memberi impak yang tinggi dalam pemasaran coklat kita. Gunakan kreativiti anda untuk berjaya. 🙂

 

Be Sociable, Share!

Khai Akmal

Nama penulis ialah Khairul Akmal B. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khairul, Akmal dan "Guru Coklat" di kalangan rakan-rakan perniagaan. Beliau merupakan pakar dalam asas pembuatan coklat dan pemasaran internet. Beliau mengamalkan konsep "Home-based Business" yang mana beliau berpendapat bahawa konsep tersebut sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini.

13 thoughts on “Tips Perniagaan Coklat – Jual Online Atau Offline? Mana lebih baik?

          1. Ya. Betul tu. Pengurusan tu perlu diplan beberapa minggu sebelum untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 🙂

    1. Ya. Betul. Kedua-duanya penting dalam pemasaran produk itu pun jika kena pada caranya. Kedai pun bagus juga terutama jika kedai tersebut berada di tempat tumpuan orang seperti dalam pusat beli-belah dan sebagainya. 🙂

  1. GC, saya telah ditawarkan oleh seorang kawan utk meletakkan coklat2 saya di premisnya di sebuah shopping complex. Apakah ciri2 penting yg saya patut letak pada packaging selain nama coklat, ingredients, exp. date? Setahu saya coklat blh tahan selama 6 bln pada suhu blk, blh ke saya letak exp date selama tu @ saya patut letak kurang sbg langkah berjaga2.

    1. Pastikan kotak coklat tersebut kedap udara. Hiasan kotak coklat pula, lebih baik kalau ianya nampak berbeza daripada hiasan kotak coklat yang berada di pasaran supaya jenama coklat Nini ada keunikkan tersendiri. 🙂
      Untuk expire date tu, kalau risau boleh juga letak kurang dari 6 bulan demi menjaga kualiti coklat tersebut. 🙂

    1. Boleh sahaja. Promosi di Facebook ini ada banyak. Ada yang cara percuma dan ada yang berbayar.
      Cara percuma ialah dengan membina hubungan baik bersama rakan di Facebook dan cuba untuk melakukan jualan kepada rakan anda.
      Cara berbayar pula ialah menggunakan Facebook Ads. 🙂
      Saya rekemen untuk baca tips promosi di Facebook di : http://blog.smartusaha.com/7-cara-promosi-facebook/

  2. salam GC….if saya berniaga coklat secara on9 dn nk post coklat tersebut,ape yg saya perlu buat utk pastikan coklat tidak cair dn selamat sampai pada customer…..dr segi pembungkusan coklat dn kotak yg sesuai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *